CORETAN TERBARU NADH

Aku pantang bila

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ya jangan sangka dalam sungai yang tenang tak ada buaya. Macm tu gak aku. Aku kepala angin. Memang mudah marah. Tapi marah jelah. Taklah pergi maki ke apa. Kelemahan yang nyata sekali.

Aku memang pantang bila orang potong line. Merujuk entry bro ben tadi. Pasal potong barisan jugak. Tapi betul kata bro, memang bengang bila orang selamba je datang terus beratur depan kita. Sangat bengang! Tapi aku tak boleh luahkan rasa tu. 

Aku memang macam ni. Marah dalam hati. Tu pasal asyik sakit kepala je. Kenapa orang suka memotong? Ala kira masa beratur nak ambil makanan, beli tiket dan sebagainya. Kenapa? Nak cepat? Tapi aku tak marah bila dia memotong dengan cara berhemah di highway.

Itu dimaafkan sebab itulah kegemaran aku sejak akhir-akhir ni. Aku rasa macam kereta aku pulak. Hehe panjang je kaki nak berjalan. Tapi ke'busy'an menghalang. 

Sambung cerita memotong. Jadi aku harap yang diluar sana janganlah memotong. Janganlah buat orang baran. Aku tak nak ada kes bunuh kat mana-mana sebab memotong barisan. Mungkin akan berlaku. Sebab manusia sekarang macam-macam hal. Kau jangan main-main.

Ingat pesan aku. Kalau kritikal sangat, baru minta kebenaran nak potong.

Post by,
Miss Ran 

5 comments:

forever love said...

sau lagi... selamba badak beratur kat geng die.. pikir line tue bapak die yg punya.?

Cik Pulau said...

err...okey...
rilekss... cooll... haha

fRaMe+LenSeS said...

betoi.. jgn potong memotong. :P tapi bersangka baik kekadang tu CIk Ran, kot la depa sakit perut tu tatahan.. hehe ;)

Fathiah Hamim said...

aku bengang bila potong barisan nak naek bus kat U.
queue dah panjang gila, kita punyalah considerate beratur belakang, sekali ada je yang selamba pi DEPAN SEKALI pulak.
hoiii berasap.
tak pasal2 aku kena berdiri dalam bus. damn.

Mira Amirudin said...

nak potong pun kena mintak kebenaran ke?huhu

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers