CORETAN TERBARU NADH

Tugasan terakhir buatku

Ayat nak bombastik je. Haha tak adalah aku semalam telah menghantar tugasan akhir bagi semester kali ini. Clap your hand. Ada lagi 3 semester. Wah tak sangka cepat masa berlalu. Semua fikir nak tunang dan kahwin. Aku? Tunggu sampai jodohlah. Belajar kalau boleh biarlah habis dulu kan.

Selalu orang merungut pasal belajar. Penat, susah, banyak tugasan. Tapi pernah tak kita fikir yang ramai lagi yang susah dalam pelajaran. Kita patut bersyukur yang kita mampu melanjutkan pelajaran. Kita patut bersyukur kita punya subjek jauh lebih senang jika dibandingkan dengan orang lain. Orang sampai repeat 1 year untuk satu paper. Kita kira untung.

Belum kira rezeki yang dilimpah ruah. Orang lain belajar tak mampu. Terpaksa kerja dulu. Danan pendapatan. Baru masuk U. Itupun kalau ada peluang. Kalau tak beri peluang kepada adik-adik. 

Bersyukurlah kita mampu belajar dan mampu menyara diri hingga kini. Rezeki bila-bila masa Allah boleh tarik. Jangan kata aku ada ijazah, kerja senang. Tapi masih ramai menganggur cari pekerjaan. Walaupun mempunyai ijazah kejuruteraan. Bersyukurlah kawan-kawan.

3 comments:

Sunah Mohammad said...

wahhhh~ da nak cuti ke ni? exam bila?

aliarosli said...

waaaaaaaa, dah siap segala

ariff al-baqi said...

menarik... :D
hmm.. jenguk saya kembali..?
saya masih baru lagi..
http://ariffalbaqi.blogspot.com/
^^

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers