CORETAN TERBARU NADH

Wahai melayu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kalau kita tengok masyarakat melayu sekarang bukan main lagi. Iri hati ertinya dengki. Aku saja guna perkataan lain tapi maksud serupa. Tengok macam mana bezanya bekerja dengan kaum sendiri dan bukan kaum sendiri. Aku malas nak mengata tapi tu hakikat. Contoh situasi:

"Kau asyik perhi bilik bos tu kenapa? Kau bodek ke?" 
"Dia tu memang tak boleh tengok orang lebih dari dia, nak-nak pasal duit ni,"

Kalau bukan iri hati pun buruk sangka. Kenapa kita tak suka fikir positif? Contohnya:

"Selalu dia bawa makanan, bagi bos agaknya. Nak mengoratlah tu,"
"Kau tahu dia beli dslr, tapi mana dia dapat duit?"
Mana tahu dia memang niat nak belanja orang makan. Baguslah. Murah rezeki, banyak pahala. Duit dia biarlah dia. Mana tahu dia dah kumpul lama dah.

Situasi sikap lain yang negatif pula ialah begini. Contoh:

"Ala, kami tak ada duit. Awak mintalah kat orang lain." 
Padahal gajinya sama banyak dengan kaum lain. Malas sebut kaum apa. Minta je terus dapat. Kalau kaum kita, lengah-lengah. Bagi macam-macam alasan. Bila lama, buat-buat lupa.

Apa kita buat mesti membawa kepada tanggapan negatif atau perilaku negatif. Kenapa kaum kita kebiasaannya begitu. Negatif. Tapi aku tak kata semua. Aku kata kebanyakan. Sebab memang banyak perangai begini dikalangan melayu. 

Jangan cakap makcik kat kampung. Kat pejabat banyak je yang suka menyibuk hal orang lain. Percayalah. Asyik makcik juga kena. Ada jugak pakcik cuma tak banyak.

Kerja dengan kaum sendiri jangan harap naik pangkat cepat. Ada je yang dengki. Betul. Pengalaman. Siapa nak bangkang? Aku cuma utarakan situasinya. Aku bukan nak kondem kaum sendiri. Tapi nak mereka sedar yang berburuk sangka, dengki, fitnah, khianat amalan tak baik. Dosa. Allah lagi suka kalau umatnya berbaik sangka, murah hati, cakap benda yang baik. Marilah sama-sama fikir apakah kita cukup bagus hanya kerana kita adalah kaum bumiputera?

Takkan selamanya kita berada di zon selesa kalau sikap begini tetap ada.

Post by,
Miss Ran 

1 comment:

hans said...

sokong entry nih 100%

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers