CORETAN TERBARU NADH

Masa tunggu aku

Masa tu milik siapa? Ada ke masa berhenti bergerak untuk menunggu kita? Adakah masa boleh dihentikan melalui mesin masa doraemon? Adakah masa itu boleh diputarkan balik macam Nabil di rancangan MaharajaLawak? Tak kan? Tapi kenapa? Kenapa seringkali kita menangguhkan kerja. Seolah masa menanti kita.

“Masa tunggu saya, saya nak jalan sama dengan awak,”
“Masa tolonglah berhenti. Aku banyak benda tak siap,”
“Masa kenapa begitu cepat kau berlalu?”
“Masa sering mencemburui kita,”
“Masa takkan dapat diputarkan walaupun kau menangis air mata darah sekalipun,”
“Masa takkan berhenti hanya nyawa kita akan berhenti pada waktu dan ketikanya,”
“Masa pantas berlalu, hanya kita yang merasakan ia lambat,”
“Masa dah tamat. Sila hantar kertas ke hadapan,”
“Masa tak tunggu kita,”
“Masa tetap akan berlalu sama ada cepat atau lambat,”


Jadi apa kuasa kita MELENGAHKAN masa? Adakah masa akan dengar kata kita? Tapi kenapa makin ramai yang suka melengahkan masa. Suka menangguh. Suka berdialog begini:

“Alah lambat lagi nak hantar,”
“Alah masa cukup punya nak siapkan semua,”


Sedarkah kita bahawa masa sedang berlalu dengan pantas sehingga kita sedar yang ajal kita kian dekat. Sedar tak kita banyak lagi amalan dan ibadat yang belum sempurna? Sedarkah kita bila-bila masa nyawa ditarik balik. Dan sedarkah anda bahawa masa tak pernah berhenti dari berlalu pergi. 

Hargai masa kerana masa itu emas. Hargainya sebagai mana anda menghargai diri sendiri. Jangan tangguh kerja. Lakukan dengan segera. Kerana mungkin kita tiada kudrat lagi untuk melaksanakannya kelak.
ps: Aku juga sedang membazir masa. Kerja tak siap. Sibuk update! Grr entry ni untuk diri sendiri!

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers