CORETAN TERBARU NADH

Nak jadi apa bila besar

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Teringat zaman muda mudi dulu. Nak jadi apa? Polis, cikgu, doktor, pensyarah. Tak ada ke jurutera? Aku tengok dalam buku biodata zaman tok gajah dulu. Jadi aku terfikir, sekarang cita-cita aku bukan semua tu. Jauh dari yang aku idamkan.

Tapi tulah, apa yang ada kat persekitaran kita itulah kita nak jadi masa muda dululah. Kiranya aku nak jadi cikgu  sebab aku syok kat cikgu math aku dulu. Oh sampai sekarang dia ada. Masa aku jejak balik sekolah lama dia tegur aku. Iffah, kakak Azimah tu kan? Teruja. Tapi masa tu aku pergi PBS. Erti kata lain pemerhatian sebagai guru pelatih.

Bangga bila jupa cikgu lama, tengok kita setaraf dengan dia. Kini aku hampir menuju ke gelaran itu. Setahun lebih lagi. Semua memikirkan alam perkahwinan. Aku? Masih memikirkan blog, famili, kekawan dan cita-cita. Adakah aku nak jadi cikgu sampai bila-bila?

Dengar kata ada program untuk cikgu sambung master setelah setahun kerja. Dengan syarat jadi pensyarah kat maktab sampai bila-bila. Tak boleh masuk sekolah. Tapi kerja pensyarah penat. Tapi nak dapat master umur yang muda bukan senang. Yalah aku terikat perjanjian 5 tahun kerja. Then baru boleh apply master. Umur dah nak dekat 30an. Ni umur belum 26 dah pegang sarjana. Siapa tak nak?

Jomlah tidur. Malas fikir=P

Post by,
Miss Ran 

4 comments:

Chegu Zubir said...

haah...kejer lecturer ni pnat///heheheh sokong3..tapi after dgree nk smbung mster gak

Jom join segmen tengah malam
klik : http://zubir5588.blogspot.com

Epal Hirata said...

kite dl nak jadi dokter..
tapi skang nmpak mcm lain plak jdinye..
xpe la..bidang lebih kurang jugaakk..



jadi cikgu banyak cuti...heheh

♕ qeen ♛ said...

jadi lecturer pun ok kut. dulu kite nak sgt jadi lecturer. even penat, gaji berbaloi la kan? hehe
kite belum pun masuk u, dah bebel pasal keje kat miss ran :D haha

fRaMe+LenSeS said...

nadh doakan kamu ya.. :D

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers