ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Rata-rata sibuk pasal maharajalawak. Tak ada pulak entry pasal Imam Muda. Kenapa ye? Aku bukan nak tunjuk baik. Tapi hakikat. Aku tertengok tadi. Tak ada niat. Sebab lama tak tengok tv. Tema dia kelahiran. Sangat sedih oke.
Kisah buang bayi, kisah terlanjur, kisah diculik dan rogol, kisah penyerahan anak kepada keluarga angkat. Siapa tak sedih tengok janin dalam plastik. Terkulai layu. Betul kata imam muda mana tadi. Buat maksiat tak ada orang tegur. Tak ada orang ambil kisah. Bila buang bayi? Bukan main ramai kerumun kat situ.
Kenapa ye kawan-kawan? Kenapa bila proses buat anak tu kita tak nak cegah? Bila dah jadi baru cakap perkara terkutuklah. Dilaknat Allahlah. Memalukan orang sekitarlah. Tapi masa buat? Tak apa diorang ringan-ringan je. Tak apa nanti adalah pegawai nak tangkap.
Boleh ke macam tu? Masyarakat prihatin bila benda dah terjadi. Kes rogol. Dah kena rogol baru nak melindungi wanita. Kenapa tak dari awal melindungi wanita? Kenapa bila dia dah diragut maruah barulah terhegeh nak beri bantuan? Bukan apa. Kan mencegah lebih baik dat merawat?
Imam muda ada kata tadi. Bukan salah perempuan je. Aku sokong. Tak ada angin masakan poko bergoyang. Kalau dah ada perempuan buang anak. Siapa yang buat anak? Takkan perempuan sorang? Lelaki ada 9 akal tapi malangnya senang saja ditumpaskan oleh 1 nafsu. Sekarang sibuk tunding jari.
Apakah kesudahan? Makin banyak bayi tak berdosa mati di tangan manusia. Berapa banyak perempuan dirogol kerana nafsu seorang lelaki? Berapa ramai mahukan anak sangat tetapi keguguran atau tak berpeluang mendapatkan anak? Berapa ramai yang masih leka dengan duniawi yang kian moden ini? Berapa ramai manusia hilang pegangan agama hanya kerana mengikut nafsu? Berapa ramai di akhirat menangisi kejahilannya di dunia. Aku turut menangis dalam hati. Sekian.
3 comments:
erm...kadang2 benda camni dipandang sepi je..sebab? mereka kata benda camni sampai bila2 pun takkan jumpa jalan penyelesaian...
tak paham dengan manusia camni..
rasa cam nak lempang laju2..
grrr..
mencegah lebih baik dari merawat
emmmmmmmmmm,tak bekerjasama macam mana nak ada jalan penyelesaian?
Post a Comment