CORETAN TERBARU NADH

Dari Dapur Seri Iman 31

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Bertemu dalam segmen masak memasak, masaklah kau. Aku dengan tak malunya nak kongsi resepi agar-agar baru. Ala korang mesti fikir mana datang dapur nak masak. Ni sebenarnya lama dah aku buat. Minggu terakhir praktikal. Time tak mengajar tu aku gomol dapur milik akak pra. Prasekolah memang ada dapur. Jangan tak tahu pulak.

Resepi yang aku kongsikan ialah Agar-agar laici susu sirap berlapis! Nama nak gempak. Haha itulah orang nak gebang aku pun nak gebang jugak. Maka terhasillah agar-agar ni. Nanti tunjuk bahan dulu. Tak sabar betul.

Bahan:
1 pek agar-agar.Lihat gambar di bawah. (rendam setengah jam)
Google punya!

Air paip sebanyak 800 liter(Tengok gambar ya)
Gunakan penyukat seperti ini
Laici satu tin (Aku carik bagi kecil-kecil)

Toskan air. Simpan air tu

Air perisa dalam tin laici tadi
Gula 14 sudu besar(Kalau nak manis boleh tambah. Ikut suka)

Bahagian A
Susu cair satu tin.

Bahagian B
Perisa sirap 2 sudu besar
Air 200 ml untuk lapisan kedua
Cara:
Okey agar-agar ni ada dua bahagian. Apa yang korang kena buat ialah masak agar-agar dengan air 800ml.
1. Letak gula. Kacau bagi larut.
2. Letak air dalam tin tadi.
3. Bahagikan kepada dua periuk.
4. Bahagian A letakkan susu dan separuh laici yang dicarik tadi. Masakkan hingga mendidih 
5. Bahagian B masukkan air 200ml dan sirap tadi. Masukkan laici.  

Bahagian B boleh diletakkan ke dalam bekas di bawah terlebih dahulu. Biar agar-agar membeku.
Setelah keras, cucukkan agar-agar dengan garfu beberapa kali. Kemudian barulah letak adunan Bahagian B yang berwarna putih tadi. Biar ia membeku dalam peti. 

Bekas ni beli semata nak buat okey

Inilah hasilnya

Cantik ke tak?
Tujuan mencucuk dengan garfu supaya agar-agar melekat antara satu sama lain. Hari tu aku tak buat jadi bergerak-gerak lapisan atas tu. Selamat mencuba. Aku bantai resepi sendiri je ni=P
Post by,
Miss Ran 

1 comment:

Kicap Manis Media said...

teros lapa n nk try buat skunx gak! hhee..


Khas buat peminat LADY GAGA. Panas!!! Media Malaysia pun belum tahu lg!

http://shairazisaidin.blogspot.com/2011/04/benar-lady-gaga-dah-kahwin-okdengan.html

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers