CORETAN TERBARU NADH

Membeli belah bersama ayah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Oh macam cerita kanak-kanak pulak tajuk ni. Hehe sejak ibu tak ada kat rumah, adik akulah jadi tukang masak. Baru umur 15 tahun. Bagus-bagus. Hehe macam nilah adik gue. Haha aku bangun pagi kerna terpaksa.

Pagi-pagi si ayah mengejutkan anak-anaknya ke pasar. Dalam aku terdetik. Pasar je pun. Pergilah sorang. Tapi tula aku ingat kedai runcit si abang pendek. Dekat je dengan rumah. Rupanya pasar tani. Kami pergi tanpa mandi. Yeah terbaik dari katil.

Kami disuruh mengangkat barang. Er berat gila. Ayah menonong dengan gembira. Aku dengan adik aku tak tahan lagi. Telur, seafood, sayur mayur di tangan segera di letakkan tepi kereta. Kunci tak bagi pulak. Last-last aku terkenan untuk membeli. Er habis 26. Harga 30 tapi aku mintak kurang sampai abang tu malas layan.

Yelah 26 pun okeylah. Aku bayar dan tercongok kat kereta. Ayah-ayah. Gembira dia menghilangkan diri. Sekali tengok beli madu. rm75? Punyalah mahal. Cekik darah ke apa. Penggemar madu macam ayah mana kira dah mahal ke tak. Duit gaji kan baru masuk.

Tapi kadang-kadang tolong ayah kita apa salahnya. Kan itu tanggungjawab anak. Lagi-lagi ibu tak ada. Jangan berkira dengan ayah. Okeylah nak keluar lagi. Cheese cake here i come!

5 comments:

Chegu Zubir said...

bagusnyer.....anak solehah ni...jgn lupa kita yer...nk ugak cheesecake tuh...hehehe

deeya said...

anak2 ayah nie mesti comel2 kan .. anak mithali la ^___^

Sunah Mohammad said...

jom jom wat ciscake jom!

Cikbelog said...

nak ciskek jugakk boleh tak ? huehuehh

aliarosli said...

suke ciskek

nak gak, meh sikit

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers