CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Bila cinta

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Awak jangan pandai-pandai nak bagi nasihat kat saya. Cukuplah. Saya memang tak boleh hidup dengan awak," Jeritan Ain menyentap sanubari lelaki. Solihin terdiam.
"Kenapa? Salah ke seorang suami menegur isterinya?" Solihin cuba bertindak rasional. Isterinya masih marah.
"Aku tak pernah anggap kau sebagai suami kau tahu?" 'Sabar wahai hati' Solihin mendengus kecil.
"Ain, hati abang ni sedih dengar Ain cakap macam tu. Walau Ain tak suka sekalipun, tolong hormatkan abang sebagai suami. Itu je abang nak," Ain mendengus keras.
"Hei jantan. Kau jangan pura-pura baik dengan aku. Kalau tak sebab kau, aku takkan jadi macam ni. Bertutup 24 jam. Hah kau ingat aku suka pakai menatang ni?" Ain hilang sabar. Sebulan. Hanya sebulan dia dah macam orang lain. Gara-gara mengikut wasiat ayahnya.
"Ain, ain isteri abang. Dah jadi kewajipan abang jaga isteri abang. Betulkan apa yang salah. Pimpin sayang ke jalan yang diredhai Allah S.W.T." 
"Kau buat aku nak muntah tahu?! Sayang? Kau tu macam baik sangat nak ceramah aku tak tentu hala ni," Sinis.
"Sekurang-kurangnya abang cuba jadi suami yang baik. Tapi Ain? Pernah Ain sedar yang abang ni suami Ain? Pernah Ain tanya abang ni dah makan belum? Mana tanggungjawab Ain sebagai isteri abang saat kita diijabkabulkan?" Balas Solihin lantang.
"Kau tahu kan aku isteri tak guna. Sekarang kau ceraikan aku. Aku ada life sendiri. Hidup aku musnah sebab kau. Kau tu dayus!" Ain bagai orang histeria. Solihin pantas menangkap pergelangan tangan isterinya. Ditolak ke dinding keras.
"Kau kata aku dayus? Kau tahu ke makna dayus? Dayus tu untuk lelaki yang membiarkan mak, adik perempuan, isteri tak menutup aurat bila berdepan dengan bukan muhrim. Kau tahu?" Bergema. Ain terdiam. Terkejut dengan suara suaminya itu. Sungguh dia kecut. Pergelangan tangan yang sakit dicengkam tidak diendah. Tangisan mula memenuhi segenap ruang. 

Dia lemah ketika ini. Lemah dengan ujian yang menimpa. Sungguh dia trauma dengan lelaki. Sejak kisah silam dia dah membulatkan hatinya untuk tidak berkahwin. Tapi sayang, wasiat ayahnya sungguh mengecewakan. 

"Ain maafkan abang," Dipeluk isterinya rapat. Bahu dihulur saat ia diperlukan. Mereka masih begitu. Lama sekali.
xxxxx
"Morning sayang," Solihin terus duduk di meja makan. Penuh sarapan pagi ni. Berbunga hatinya melihat isterinya berubah sedikit demi sedikit.
"Apa sayang-sayang?" Ain keluar dari dapur membawa air teh tarik kegemaran Solihin.
"Alah takkan isteri pun tak boleh panggil sayang," Solihin senyum.
"Saya tak suka. Awak makanlah. Saya nak bersiap. Nak keluar," Ain ingin melangkah pergi dan terhenti kerana dihalang suaminya.
"Sayang, temankanlah abang makan dulu. Nak keluar pergi mana?"
"Jangan panggil macam tulah," Ain membentak. Geram dengan sikap suaminya. Teringat peristiwa semalam. 'Malunya' Bisik hatinya. Blushing tiba-tiba.
"Ain abang tanya tak jawab. Nak pergi mana?" Solihin menggunakan nada lembut. Dia tak mahu lagi isterinya tertekan.
"Ain nak keluar jalan-jalan. Bosan kat rumah. Lagipun hari ni kan cuti," Ain duduk di tepi Solihin.
"Kita makan sesama. Kejap lagi abang teman sayang keluar," Tersedak Ain yang sedang minum. Solihin segera menepuk belakang Ain. Ain tak mengelaknya. Sakit hidung.
"Awak nak teman? Tak payahlah," Ain menarik tangan Solihin. Tak selesa. Solihin ketawa. Muka Ain kemerahan malu.
"Ain, tak salahkan abang nak teman? Bukan orang lain pun. Tak apa kot," Solihin menyuakan nasi goreng ke mulut Ain. Ain menolak perlahan.
"Siapa kata salah? Ain cuma tak nak susahkan awak," Ain mencari helah. Malas mahu bergaduh lagi. Cukuplah semalam.
"Awak? Siapa awak tu? Suami Ain kan? Lagipun sejak kita nikah ni tak pernah keluar sama. Lagipun kita belum honeymoon lagi," Sengih-sengih.
"Dahlah. Malas layan awak. Awak nak ikut cepat siap. Jadi driver Ain," Ain bangun dan ketawa. Solihin terkena. 
"Driver pun driverlah sayang. Janji dapat bersama isteri abang," Ain terdiam. Segera dia naik ke atas dan bersiap. Hatinya tak keruan mendengar ayat suaminya itu.
xxxxx
"Eh patutlah macam aku kenal. Berubah dah kau ye Siti Nurain?" Sinis suara garau menegur. Ain berpaling. Dia kenal lelaki itu. Hampir saja maruahnya dirobek kerana dia.
"Kau buat apa kat sini? Jangan ganggu aku lagi," Ain separa berbisik. Terkejut bukan kepalang.
"Kau ni nampak lagi cantik bertudung. Dulu rambut kau panjang kan? Oh harum," Lelaki itu mendekatkan wajah dan...
"Assalamualaikum saudara," Solihin panas hati melihat kemesraan lelaki itu. 'Siapa dia? Kenapa dia mengganggu isteriku'
"Waalaikumussalam W.B.T. ustaz," Sengaja dia menguatkan perkataan ustaz tu. Solihin menahan amarah. Ain dah mula memegang lengan suaminya. Terkejut.
"Maaf, tak layak digelar ustaz. Saudara nak buat apa dengan dia ni?" Sengaja dia berkata begitu. Malas nak mengaku suami kepada Ain. Dia nampak lelaki itu cemburu Ain memeluk erat lengannya.
"Ain sayang. Kenal ke dengan saudara ni?" Perkataan sayang sengaja ditekankan. Ain pantas menggeleng. Dia takut. Peristiwa dulu mencengkam sanubari. Tangannya kuat memegang. Harap Solihin memahaminya ketika ini.
"Maaf, saya ingat makwe saya tadi. Rupa awek anda ni sama seperti dia. Maaf ya," Shakir beredar. Bengang!
"Abang jom balik," Tarik tangan Solihin pantas. Terkejut dengar panggilan itu. Tapi dia tetap mengikut kata Ain. Hal ini patut dibincangkan apabila Ain sendiri sedia membuka mulut. 

Hati kecilnya menangis. Ain kembali trauma. Syakir! Setahun telah berlalu. 'Kenapa masih dia yang ku jumpa?'

Ain mendiamkan diri di dalam perut kereta. Solihin pula tak berniat berkata apa-apa. Cukuplah hal yang dilihat memanaskan hatinya. Sejuk hati mendengar panggilan abang untuk kali pertama. Tanpa sedar senyuman terukir. Hanya dia yang sedar.
xxxxx
"Ain, cantiklah rambut. Kalau you sayang I, boleh tak you dye," Shakir mengelus rambut Ain.
"I bukan tak nak. Tapi papa I tak bagilah," Ain suka dibelai begitu.
"Takpun you highlight je. Warna merah," Shakir memandang keindahan di depan mata. Rambut itu beralun menampar-nampar pipinya. Sungguh dia tergoda. Nafsu sudah bergelora.
"Highlight eh? Macam Avril Lavigne? So cute. I sukalah," Ain memintal rambutnya. Dia sibuk membayangkan rambutnya selepas diwarnakan. Tiba-tiba tangan kasar memeluknya dari belakang. Ain terkejut.
"Shakir, apa you buat ni?" Ain segera ingin melepaskan pelukan itu. Tapi terlalu lemah melawan tenaga lelaki. Ciuman di lehernya membuatkan Ain meronta. Sungguh dia tak sangka Shakir sanggup mengambil kesempatan sebegini. Segera dia menjerit meminta tolong. Mujurlah ada pasangan suami isteri berdekatan. Mereka menjerit dari jauh. Shakir melepaskan pelukan dan terus melarikan diri. Ain menangis teresak-esak. Sungguh jijik apabila mengenangkan dirinya dicabuli teman lelaki sendiri. Di tempat umum pula.
"Adik okey?" Kakak menegur. Ain hanya angguk lesu.
"Suami akak dah pergi kejar lelaki tu. Dia takkan terlepas," Kakak tu pula beria marah. Ain malu dengan dirinya kini. Setelah berterima kasih dia meminta diri untuk pulang. Kakak bernama Hasunah menawarkan diri untuk menghantar Ain pulang. Tapi Ain menolak. Cukuplah jasa mereka menyelamatkannya tadi.
xxxxx
Malam itu Solihin berwuduk dan bersiap untuk solat. Ain di bilik hadapannya dipanggil.
"Ain, oh ain. Jom solat sayang. Dari tadi berkurung kat bilik. Risau abang," Solihin menggunakan nada romantik. Tiada sambutan.
"Sayang," Dia mencuba lagi.
"Ain bukaklah pintu ni. Abang ajak solat je," Solihin sudah menguatkan ketukan pintu. Tiada balasan. Dia kembali ke biliknya. Dia mencari kunci pendua. Sungguh hatinya tak sedap. 
"Jumpa pun," Senyum.
"Ain, bukak pintu ni. Kalau tak abang akan masuk guna kunci pendua," Tiada balasan. Segera dia membuka pintu bilik isterinya itu. Terkejut sungguh melihat isterinya terbaring lesu.
"Sayang, kenapa ni?" Tangannya menggerakkan bahu isterinya. Dia sudah tak sabar. Digoncangkan isterinya kuat.
"Ah awak. Kenapa awak masuk bilik saya?" Terkejut dia melihat suaminya cemas. Ain ditarik dalam pelukan. Solihin menangis kesyukuran. Hatinya sungguh risau tadi. Risau isterinya bunuh diri. Rupanya tidur mati. Air wuduknya tak dipedulikan. Ain terpisat-pisat mamai.
"Awak kenapa peluk saya? Saya nak tidur pun kacaulah," Ain berusaha melepaskan diri.
"Panggil abang sayang. Panggil macam kat luar tadi. Abang," Solihin memandang wajah isteri tercinta.
"Bila masa saya panggil awak abang?" Ain lupa.
"Panggillah abang. Abang teringin nak dengar. Please sayang," Merayu. Ain tersenyum.
"A...a..bang," Solihin terkesima.
"Ainlah cinta hati abang. Jangan lupa tu," Ain malu. Dia menunduk malu.
xxxxx
"Abang, terima kasih abang. Baby rindu kat abinya," Solihin ketawa. Penat pulang dari kerja terus hilang melihat isterinya yang bunting.
"Baby ke uminya yang rindu ni?" Solihin menyakat.
"Ada-ada jelah abang ni," Tangannya memegang beg suaminya. Perut Ain diusap. Bahagia menerjah biarpun hati tak rela pada mulanya. Hanya kita yang boleh mengubah nasib kita. 
"Terima kasih Ya Allah. Bahagia milik kami akhirnya," Solihin tersenyum.
TAMAT
Pengsan. Siapa kenal nama atas? Ain tak tahu siapa. Aku main sauk je. Samalah dengan Shakir.

10 comments:

JIJI YU said...

tibe2 saya rasa awak perlu kawen dgn segera

suha said...

cite ni sgt best (^_^)

AI said...

betol...betol...sokong Jiji Yu

tikin said...

best sgt cite ni..^^

Solihin Zubir said...

Ain - nama kwn perempuan yg pling sy rapat.. dia bru kawen mggu lpas..
Shakir - nama adik sy.. sYakir..

heheh.. tersengih baca.. amboih.. tgginya imaginasi.. mcm dh x sabo nk kawen.. ;-p

best kan bercinta lpas kawen.. :D

Sunah Mohammad said...

terbaeeeeeeeeeeeeeeekkkkkkkkkkkkkkkkkk! cepat kawen!!! hahahahha~ nak jugak ikot jiji! :p

Ninie Dora said...

bestnye cerita..

singgah sini..

entry trbaru http://kisahniniedora.blogspot.com/2011/06/cinta-stiletto.html

Sunah Mohammad said...

hahaha~ sume orang bersetuju u kene kawen dahhhhh!

Tuan Auz said...

amboi overdose romantik k. hehehe =p

Ain umur baper tu Ain? (eh? :P )

ijA said...

bila tarikh langsungnye ..ahahaha

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers