CORETAN TERBARU NADH

Pantun nasihat

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hari-hari keluar berjalan
berjalan dengan si anak dara
hari-hari kau mabuk kepayang
lekas buat kenduri kendara

Berkasih sayang ada batasan
bercinta biar bersempadan
jangan asyik dalam percintaan
kelak merana empunya badan

keluar pekan pakai celana
baju pula nampak segala
seksi itu mengundang teruna
jangan badan kelak binasa

Adik-adik jangan terleka
kelak kita sesal tak guna
pergi khatam ilmu agama
sebagai pelindung di dada

Pantun ini bukan sindiran
pantun ini hanya nasihat
khas buat tatapan kalian
moga ada hati tersemat
Ps: Pengsan tetiba karang pantun. Ada sesiapa nak membalas? Along Usop sukalah ni=P

8 comments:

Unknown said...

seksi kalo mantap ok ehehe

Unknown said...

menarik pantun ni, bnyk message.. ;)

MissNadh said...

alamak..rase macam no balas je..tapi tak reti la pulakkk..hehe

safwanmahzin said...

Nak Pantun Jugak Ahh lama xpantun:

Padamu dinda hati terjerat,
Rindu hamba menatap rupa,
Mata menangkap isi tersirat,
Kekal di ingatan xkan dilupa.

=D
Hookey??

Cik Pulau said...

nak baca je..
malas nak balas.. haha..
sengal kan~~

larikkk balik pulau,,

Solihin Zubir said...

sy ni bila nk mabuk ntah.. x mabuk2 lg.. cmna nk wat knduri ni.. ;-p

AI said...

wahhh...nti jd cikgu bole ajar murid2 berpantun...

mas saari said...

jika ingin mencari rotan
pergilah cari ke dalam hutan
apa yang baik jadikan ikutan
jika buruk jadikan pengajaran


hehehehehe...ok tak?

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers