CORETAN TERBARU NADH

Mati itu pasti

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hari ni aku buang sampah. Dah berulat baru buang. Mujur tak bersepah. Lepas tu macam biasa malas nak pakai tudung, aku tarik tuala. Buat macam tudung. Wah labuh tudung aku hari ni. Bukan itu aku nak cerita. Aku keluar tengok banyak kereta.

Aku pelik. Aku buka pagar nampak van jenazah. Aku dah berdebar. Dalam hati dah tertanya siapa yang meninggal. Ramai yang datang. Barisan rumah aku. Hujung sekali. Aku terfikir. Mati itu pasti. Semalam baru tengok Imam Muda pasal mati.

Kadang-kadang kita terlalu asyik dengan dunia sampai luap persiapan ke arah kematian. 

"Ala kau muda lagi. Takkan nak beribadah. Pura-pura baik pulak,"
"Kita kan belum puas enjoy, ingat hidup hanya sekali brader,"
"Kau nak jadi ustazah tetiba ni kenapa?"
"Kau tak payahlah bertaubat, kau ingat dosa kau tu boleh terampun ke?"

Selalu orang-orang berkata begini. Kadang ada yang boleh lawan kata-kata negatif ni ada pula yang terus tersesat ke jalan tak diredhai oleh ALLAH S.W.T.

Aku terfikir. Kita ni cukup ke amalan nak menghadap Ilahi. Konon nak tunggu hidayah baru nak tutp aurat sepenuhnya. Akulah tu. Tapi sempat ke aku tutp aurat sepenuh sebelum ajal? Kalau aku mati esok macam mana? Mengingati mati itu sunat.

Tapi apa yang kita buat untuk menghadapi kematian. Baca buku sakaratul maut? Baca blog islamiah? Mungkin. Ilmu kat dunia maya ni banyak. Klik je. Mana yang baik dengan buruk je. Blog bukan medan perang. Blog umpama gedung ilmu. Kau nak tahu pasal Islam kau bukak ceramah agama. Kat FB banyak ceramah Ustaz Kazim. Ustaz Azhar, Dr Asri.

Hanya kita je yang boleh mengubah hidup kita. Tanpa usaha kita takkan ke mana. Kalau kau duduk bawah pokok tunggu hidayah sampai bila-bila kau takkan jumpa. Berusaha ke arah kebaikan. Insyaallah pintu hati kita terbuka sedikit demi sedikit. Sekian

9 comments:

bersama kak Es said...

patutnya kita harus bersyukur jika berkawan dengan sahabat yang sentiasa mengingatkan. Walaupun kdgkala terasa pahitnya teguran ... tapi itulah tanda kasih sayang kawan yang sejati.

nak tegur kat dunia je..
bila kubur masing2 dah tak boleh nak tolong lagi...

terima kasih atas ingatan :)

Terbaekkk!

Eera Shera said...

nice entry...suka la lepak kat sini. banyak nasihat dan teguran =)

aliarosli said...

semalam baru kene tazkirah pasal aurat.

bila2 je mati, antara sedia atau tidak

Unknown said...

hurm2...bagus2...hai saya jijiyu

Unknown said...

wowww,woww.kenapa buang smpah lambat sangat :P
thanks for remembering.lots of love :DD

kokser kokdam said...

mati itu pasti!

safwanmahzin said...

Kalau kau duduk bawah pokok tunggu hidayah sampai bila-bila kau takkan jumpa: betul 2..kita yang perlu menggerakkan diri....huh,Mati itu pasti..

Sunah Sakura said...

bukan tu je, kadang2 bila ingat hutang pun sama jugak.. esok mati atau jap lagi, sape nak bayarkan hutang?

fRaMe+LenSeS said...

betul. setuju. :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers