CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Seindah suria

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Malam tu dia berkurung dalam bilik. Cukup pening dengan keluarganya yang sibuk menggesa dia kahwin. Bukan dia tiada hati nak mendirikan rumah tangga tapi calon tak ada. Kalau ada lama dah dia meninggalkan zaman bujang.
Tok tok tok...
"Apa?" Liyana mendengus.
"Mak panggil makan," Elyana jerit dari luar.
"Yalah, kata kat mak orang tak nak makan," Liyana terus menumpukan perhatian di muka bukunya. Kedengaran Elyana memberitahu Emak.
'Malas aku. Serabut duduk rumah kalau macam ni' Rungutnya lagi.
xxxxx
"Eh lambat hari ni?" Cikgu Sunah menegur.
"Tulah Sunah, settlekan hal sampai lewat malam semalam," Senyuman diberikan. Cikgu Liyana. Itulah kerjayanya.
"Dah hantar buku rekod mengajar?" Sunah bertanya. Liyana menggeleng.
"Pagi tadi ada perjumpaan. Pengetua dah minta. Katanya pihak Nazir nak datang check sekolah," Jelas Cikgu Prasekolah Sakura.
"Oh, yeke? Tak apalah. Nanti saya hantar. Lagipun baru sampai je ni. Merahlah kedatangan hari ni," Liyana ketawa.
"Sekali sekala tak apa kot. Tapi lain kali jangan buat lagi okey?" Sunah menepuk bahu rakan sekerjanya.
"Oh ya saya lupa. Hari ini ada cikgu baru. Dia tukar dari Kelantan," Sunah mengenyit mata.
"Apa kaitan dengan saya pulak?" Sunah tertawa.
"Bujang. Nanti dia datang baru perkenalkan kat kita semua," Sunah sengih lagi. Mujur saja dia sudah berumah tangga dengan Ady Halim.
"Iyalah, kalau kacak saya rembat punya," Liyana ketawa dan terus meminta diri untuk punch card.
xxxxx
"Assalamualaikum," Liyana mengangkat kepala.
"Eh puan. Ada apa puan?" Pengetua sudah tercegat di depannya.
"Saya ada tugasan untuk awak Cikgu Liyana. Harap awak terima dengan hati terbuka. Lagipun saya tahu awak takkan kecewakan saya," Puan Adilah senyum penuh makna. Liyana mengeluh dalamhati. Kerja lagi. Mentang dia bujang. Semua pass kat dia.
"Ya puan. Tak apa. Lagipun saya memang tak banyak tugas luar," Senyuman paling manis.
"Kalau macam tu baguslah. Ni ada cikgu baru. Namanya Azizi. Dia akan berkhidmat kat sekolah ni. Harap awak boleh tunjuk ajar. Tak susah. Sebab dia memang dah berpengalaman dalam pendidikan. Cuma dia tak tahu selok belok sekolah ni," Puan Adilah terang panjang lebar. Liyana tersenyum. Tapi nampak tak ikhlas.
"Tak apalah. Bukan berat mana pun. Mana cikgu baru tu puan?"
"Ada kat bilik saya. Saya pun belum jumpa dia lagi. Saya ada kelas tadi. Tu saya singgah jumpa awak dulu, Cikgu Liyana,"
"Baik puan. Saya sedia jalankan tugas. Saya pasti cikgu baru akan selesa di sini," Semangat tiba-tiba. 'Lelaki? Boleh aku buli dia'
"Jom ikut saya ke pejabat," Liyana menurut sahaja.
xxxxx
"Assalamualaikum Cikgu Azizi?" Puan Adilah bersuara lantang.
"Waalaikumsalam puan," Azizi menunduk sopan. Liyana malas masuk. Dia berdiri luar sahaja. Macam pernah kenal nama Azizi. Tapi dia tak rasa orang yang sama.
"Eh Cikgu Liyana duduk sekali. Cikgu Azizi ni Cikgu Liyana. Dia akan terangkan tentang hal sekolah ni. Rasanya tak ada masalah kan?" Cikgu Azizi berpaling. Muka mereka terkejut. Diam.
"Kamu berdua kenal dah ke? Kalau macam ni senanglah. Selamat menjalankan khidmat ya, Cikgu Azizi," Puan Adilah menamatkan perkenalan.
"Baik puan. Terima kasih," Azizi sudah membuka langkah untuk keluar. Liyana dikerling seketika. Jantung Liyana berdegup kencang. Cerita semalam kembali terlayar.
xxxxx
"Ji, kalau saya ni buah hati Ji boleh tolong saya tak?" Azizi tersenyum
"Apa Yana? Saya selalu je tolong Yana kan?" Liyana berpaling ke arah lain. Hati tak keruan melihat renungan lelaki yang berjaya menarik perhatiannya sejak di tahun pertama lagi. Mereka sama fakulti. Sama bidang. Iaitu bidang pendidikan.
"Yana nak kita putus. Bukan maksud saya tak sayang. Tapi saya nak tumpukan perhatian. Kita punya perjalanan hidup lama lagi Ji," Azizi dah bengang.
"Apa Yana ingat saya ni ganggu study Yana ke? Saya pun study jugak. Kita sama-sama study biar sama berjaya," Dia baling batu ke tasik. Sakit hatinya.
"Ji, bukan saya tak sayangkan Ji. Tapi saya lebih sayangkan Allah S.W.T. Cukuplah kita asyik berduaan begini. Memanglah kita tak bersentuhan. Tapi hati asyik rindu. Semua ni mengganggu fikiran saya. Jadi biarlah kita berakhir di sini. Kalau kita ada jodoh, kita akan jumpa juga pada masa akan datang," Liyana meninggalkan Azizi sendirian. Azizi tertunduk. Dia masih terfikir tentang kata-kata perempuan pertama mencuri hatinya.
xxxxx
"Liyana..." Liyana berpaling. Kalau boleh memang dia tak mahu menatap wajah itu. 5 tahun sudah berlalu. Tak sangka mereka betul-betul terjumpa semula. Kuasa Allah S.W.T.
"Tunggu," Azizi mengejarnya.
"Cikgu Azizi, ni bilik guru. Tempat anda kat sini ya," Hampir berbisik. Dia cuba berlagak formal.
"Cikgu, kelakar awak ni Yana. Anyway kita akan menjadi rakan sekerja,"
"Cikgu, please. Bukan kat sini," Liyana membetulkan tempat kosong.
"Baik, saya tunggu Yana balik nanti. Yana tunggu," Bisiknya. Sungguh Liayan tak selesa.
"Eh awak cikgu baru kan? Apa nama ye?" Cikgu Azlini bertanya mesra.
"Azizi kak," Sopan.
"Eh akak? Tua sangat ke saya ni?" Ketawa. Liyana seorang yang tersenyum. Itupun terpaksa.
"Kak Lini, ada buku pasal sekolah tak? Nak bagi cikgu baru ni baca," Liyana tukar topik. Sangat tak selesa walaupun bertiga.
"Ada, kejap akak ambil," Liyana terus ke meja. Azizi tersenyum. 'Yana tak berubah walaupun dah lama kita tak jumpa'
xxxxx
"Cikgu, kami nak balik dulu," Angguk.
"Kamu esok datang latihan. Jangan lupa," Liyana merupakan jurulatih bola jaring. Azizi memandang tepat pada Liyana. Sengaja dia balik lewat. Konon mahu melatih pelajar bermain bola sepak.
"Cikgu, busy lagi?' Terkejut Liyana.
"Tak, tapi saya nak balik dah,"
"Tunggu Yana. Hari tu awak tinggalkan saya. Yana belum dengar lagi saya punya keputusan," Liyana terkejut.
"Cukup Ji! Cerita lama. Tu masa kita muda dulu. Sekarang dua-dua dah bekerjaya," Azizi tertawa.
"Cerita lama tulah yang membuatkan saya macam ni. Berjaya merangkul ijazah. Berjaya menjadi pendidik," Liyana tersenyum.
"Baguslah Ji. Tapi kenapa boleh posting sini?" Liyana dari pagi tadi lagi.
"Pelik? Inilah namanya jodoh," Liyana malas mahu mendengar lagi.
"Yana, tunggu rombongan. Saya nak kotakan janji Yana yang dulu," Liyana berlalu. Masuk ke kereta. Hatinya berbolak balik. Adakah dia masih ada rasa yang sama seperti 5 tahun dulu.
xxxxx
"Alhamdulillah, boleh sarungkan cincin sekarang," Pak cik Ady sudah memberi lampu hijau. Azizi menyarungkan cincin di jari manis suri hatinya.
"Terima kasih sebab terima abang," Sempat dia berbisik kemudian mencium dahi si isteri. Sungguh saat itu begitu syahdu. Air mata menitis saat itu. Pantas jari kasarnya menyeka air jernih itu.
"Dah, sesi bergambar. Jangan nak romantik kat sini. Akak jeles ni," Azlini meriuhkan suasana. Semua tertawa. Hati mereka kini bersatu dalam ikatan yang sah. Sungguh inilah cinta terbaik yang hadir untuk mereka berdua setelah cinta Allah S.W.T. Kini perjalanan cinta mereka baru bermula.
'Semoga inilah jodoh terbaikku' Liyana tersenyum puas. Tangan mereka bertaut seperti tautnya cinta mereka sejak dulu.

Barisan pelakon:
Azizi aka Pakcik geli-geli
Liyana aka tettttt
Elyana aka takde sape
Cikgu Sunah aka Sunah
Ady Halim aka Ady Budika
Cikgu Azlini aka Cik Pulau

PS: Harap korang pun ikut macam ni. Ni cerita benar. Aku olah sikit jadi lain. Siapa punya cerita? Biarlah rahsia tuan blog. Okey? 

8 comments:

tikin said...

best cite ni..:)

Rawkzell said...

bile nak tulis novel ? :)

Rawkzell said...

wahh ,ade banyak sowi tak pasan . k nak bace sikit lah :)

mas saari said...

iffah ni memang berbakatlah...
tulis novellah terus!! geranti sold out punya..

Sunah Sakura said...

oh sekejapnya dah habis.. tapi ada mesej dalam tu... thanks iffah~ :)

Cik Pulau said...

woww.. cam tau je sape tetttt si liyana tu.. hahaha...

best kan kalau betul2 kita jumpa balik orang yg kita tunggu sekian lama. woaah... gituu..^^,

Unknown said...

eh..sape la cikgu azizi tu ek..mmg geli2 tol..ehehe

Unknown said...

ahaha...geli tol ahahhaa..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers