CORETAN TERBARU NADH

Langkah bendul

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Lama dah aku nak karang. Tapi tak berkesempatan. Harap idea tak keringlah. Langkah bendul tu apa? Takkan tak biasa dengar. Adik perempuan tunang atau kahwin dulu dari kakak. Jadi adik kira langkah bendul. Bila adik dapat jodoh dulu, orang melayu lama khususnya percaya si kakak dianggap tak laku.

Bila dah tak laku mestilah malu kan. Sebagai hadiah tutup malu si kakak berhak meminta atau memilih barang untuk adat langkah bendul. Selalu cincin atau kain ela. Macam kakak aku kahwin dulu pihak lelaki bagi sepasang sorang kain ela.

Tapi sejak aku dilangkah bendul. Ehem* Tak ada hadiah pun. Adik aku masih belajar. Lagipun aku rasa tak perlu adat yang menyusahkan macam ni. Buatnya aku high demand. Tak ke susah orang tu nak nikah? Selagi adat tu tak menyusahkan dan tak berlawanan dengan agama Islam aku boleh sokong tapi kalau sebaliknya memang bantah.

Masyarakat kita khususnya terlalu mementingkan adat sampai menyusahkan orang lain. Macam nikah tak boleh serentak adik kakak. Majlis boleh. Apa pulak tak boleh? Kalau dah jodoh diorang serentak nak buat macam mana? Dapat save budget. Lepas tu sibuk nak dengar orang kata. Pedulikan orang tu. Janji tak menyalahi hukum syarak.

Bila ada benda menyusahkan dalam upacara pertunangan, pernikahan, persandingan, tu yang ramai pilih nak "kahwin" bukan nikah. Main kahwin-kahwin. Tak payah libat mak bapak. Tak payah fikir duit atau adat. Akhirnya, bunting dan buang anak. Kan benda jadi mudah? Tak ke gitu? Fikirkanlah. Jangan asyik tunding jari sebab kadangkala kita puncanya. Sekian.

Ps: Dia buat aku tersenyum hehe.

16 comments:

mumui said...

baru paham pe tu langkah bendul..hehe.... haritu kawan asyik ckp langkah bendul2... kite diam je....

mumui said...

sebab saya non muslim...hehe.. im chinese mix iban...

∫êℳå ℋiℳå₩åℛï said...

adat yang menyusahkan xpayaah ikut pun xpe..
tapi orang sekarang lg pentingkan glamour dari adat..
contohnya gaya tunang sekrang pun dah macam nak kawen...

maszull said...

assalamualaikum iffah...mmg betul tu kalau adik dah jodohnya sampai cpt nak wat cam ne kan kena juga redha ngan apa yg ditentukan oleh Allah...:)

Aien Not Alien said...

kadang2 kita ni bertindak ikut kata orang...


buat kecik2 je..kata kedekut..

buat besar2an kata menunjuk..


sokong perenggan akhir entri awak...hehe..

Farhan Hanif said...

buatnya ada yg mintak ferrari sebijik memang kawin lari la...hahaha

Nong Andy said...

tulah..kan iffah. sekarang kalau nak kawin macam nak pergi berperang...Kena banyak persediaan. Mental dan fizikal serta dompet! mana yg tak tebal dompet tu adakalanya pilih 'kawin koboi'

maksiat merata-rata? erm... sebab nak kawin secara halal susah sangat!!

Ku Azhar said...

amboiii....hehehe

r-5 said...

tu la hang.. ade orang nak hang juai mahai.. hahaha.. tak pe langkah bendul pun tak payah lah nak mengagungkan adat sangat.. jika mampu ikut je la tapi klu dah menyusahkan tu.. lebih baik tak payah sebab Islam itu mudah lagi menyenangkan..

mas saari said...

akak pun langkah bendul jugak dulu... akak bagi pada kak long kain je sepasang... pastu duit sikit!

Paris Lipton said...

langkah bendul sy dulu...huhuhu
amboi dia...tp yg bagus tu apa salahnya kan..

Eera Shera said...

betul2..setuju sgt2..yg sederhana dan tak menyusahkan..kan bagus gitu

budak penjara said...

ak peduli ape klu abg aku lmbat kawen..ak dh ckp, awal 2013 kawen..klu dia x de pasangan lagi,ak kawen dlu..haha

.........cP~ said...

oh..dah dilangkah. abang saya dulu tak mintak tapi adik dia (abang yang lebih muda) kasi jugak sepasang baju Melayu. saya pun dah cakap kat adik, kalau dia nak langkah dulu tak de hal. saya mintak serba satu je -gurau.

deno said...

emm... langkah bendul.. bagi deno tak apa la kalau adik kawen dulu ke.. dah jodoh adik dulu..kan?

tapi deno takde adik la.. teringin nak adik.. tapi deno dah tua pun.. hihi :)

kiera'sakura said...

akak bila bab adat nie mmg trus failed iffah...

kekadang kita mmg xnk buat, tp family mendesak nk buat.. mcm mane tue..

akak pegang kata nie jer.. "jihad untuk jalan Allah tue mmg payah"

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers