CORETAN TERBARU NADH

Orang pelik

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Orang pelik tengok aku. Ya aku pun pelik tengok manusia yang tak pernah nampak orang sakit. Masa jalan kat KB dengan Cik Pulau ada yang bertanya. Tangan kenapa. Masa aku jalan kat Bukit Bunga orang tanya jugak. Masa jalan kat R n R Grik pun orang yang bisu tanya kat ibu benda sama.

Aku jadi pelik. Ramai benar yang mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi. Sampai naik rimas dengan perhatian yang diberikan. Aku tak kata menyampah. Cuma manusia memang macam tu kan. Benda depan mata sibuk nak tahu. Benda yang tak ada kaitan dengan dia pulak.

Tapi itulah uniknya manusia dijadikan. Walaupun diorang pelik, diorang berani tanya. Ada yang pelik, pandang pelik. Tapi takut nak tanya. Bukan aku nak makan pun. Bila semua pelik tengok aku. Aku terasa macam alien. Bukan nak mintak simpati pun. Cuma pelik dengan kepelikan orang lain.

Tapi lepas bedah nanti aku harap orang tak pelik tengok aku dah. Walaupun tangan akan berparut, aku tak kisah janji orang tak pelik dah. Aku saja mengabadikan gambar dengan tangan berbalut. Sebab itulah kenangan orang pandang aku pelik. Lepas ni tak ada dah tangan berbalut, tangan busuk, tangan sakit, tangan melecur. Harap semuanya berjalan lancar=)\

Ps: Dia pun pelik.

15 comments:

Cik Pulau said...

tiba2 ai teringat mamat photographer kat kraftangan tu..
sibuk duk menanya.
hahaha..
excited nak tau.. huhuh

sea_lavender said...

manusia sentiasa bersikap ingin tahu =D

Farhan Hanif said...

insyaALLAH cepat sembuh...=D

ahsfantasy24 said...

Pelik itu nanti akan menjadi perkara
yang biasa. Nanti kita takkan pelik
pila ada orang pelik. Pelikkah?
huhu~

Lea Isnawi said...

lumrah manusia

memang suka bertanya bila nampak sesuatu yang tak biasa dilihat

sabar je =)

Niena Pengembara Ilahi said...

hmmm...sikap ingin tahu tu kadang2 buat hati kte kecik....hmm, sabar.. mukan mudah untuk bernafas dlm jiwa hamba ni :D

maszull said...

assalamualaikum iffah...mmg dah lumrah manusia sikap ingin tahu itu yg membuat kita terasakn ...sabar jer la iffah...:)

Saiazuan said...

lantak la apa orang nak kata, kita nak tau an? :)

Woofer Storm said...

manusia punya sifat ingin tau..

#semoga cepat sembuh ya..

K O R I E said...

kenapa dgn tgn @_@?

hehe. sya pun nak tahu..
pepun kita doakan semuanya baik2 aja k~

H.J said...

ok la tu..ko kan retis..semua orang nk amek tau

Подтверждаю said...

as salam..

pelik? kalau pakcik tengok benda pelik2, pakcik tak beminta nak tanya. lidah kena jaga kan..kan salah tanya, gaduh pula. huhu..

tapi kalau tak bermasalah nak jawab, apa salahnya kan. ujian-Nya tu. sabor~ sabor~

=)

Nong Andy said...

:)susah nk jaga mata. klau sesuatu tu nmpak menarik perhatian mesti nk pndng lama2.. smpai terlupa yg org yg kena pndg tu akan rasa kekok :)

*Semoga cepat sembuh la tgn tu k.

kiera'sakura said...

bila mereka pelik, tue maknanya anda unik..

akak x pelik tau.. akak sayang :)

deno said...

orang memang slalu mcm tu, mereka suka bertanya bila lihat sesua tu yang jarang mereka lihat...

bila baca kisah ifah nie, deno teringat masa deno kena makan steroid 12 biji masa tu, muka deno jadi sangat bulat dan macam belon.. bila pegi mana2 mesti ada orang tanya kenapa muka macam tu... kadang2 kena ejek pun ada... lumrah manusia kan ifah..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers