CORETAN TERBARU NADH

LA TAHZAN : LANGIT TAK SELAMANYA MENDUNG

Assalamualaikum dan salah sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam slot ini. Slot yang banyak timbulkan kontroversi. Tepat tekaan anda, Slot kali ini di tulis oleh penulis kedua. Hari ini kita akan membicarakan mengenai Langit tidak selamanya mendung. Bila tiba masa dan ketika ia pasti terang kembali dengan sinar mentari. Mentang-mentang sekarang musim tengkujuh. Bukan nak cerita pasal cuaca, tapi nak cerita mengenai Allah Maha Mendengar.

Di hari yang bahgia dan penuh berkat ini, saya ingin berkongsi satu cerita dengan anda. Dia seorang insan yang sabar. Dia akan marah apabila terasa dirinya benar-benar tercabar. Suatu hari dia perlu melaksanakan satu tugasan bersama seorang rakan, mulanya dia berasa gembira kerana percaya mereka dapat melaksankan tugas tersebut dengan baik bersama-sama. Tapi lama-kelamaan dia berasa tidak tahan dengan sikap temannya yang suka menyakitkan hati melalui tutur kata.  Tapi dia hanya diam dan bersabar. Berfikir mungkin masalah itu berpunca daripada kelemahan dirinya sendiri.  Kadang-kala di suarakan juga rasa itu pada ibunya. Ibu kata “Bersabarlah. Serahkan segalanya kepada Allah”.

Akhirnya tugasan tersebut selesai dan dia rasa cukup lega. Namun rasa lega itu tidak berpanjangan, untuk tugasan kedua  nyaris-nyaris dia melaksanakan tugas itu bersama sahabat tadi. Pelbagai rasa yang tidak enak timbul tenggelam dalam hati. Nak berterus-terang bimbang mengguris rasa dan dia tiada pilihan lain. Tapi dalam sedar tak sedar, ada yang mendengar keluh kesah itu. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar setiap keluhan hambaNya yang bersabar. Alhamdulillah Allah  mengurniakan dia sahabat yang lain untuk melaksanakan tugasan tersebut. Dan ibu berkata lagi   “SesungguhNya Allah itu sentiasa mendengar keluhan orang yang bersabar” Tak terhitung rasa syukur padaNya atas nikmat yang diberikan. Mendung tidak beerti hujan kerana bila-bila masa sahaja Allah boleh menghadirkan matahari. 

Sahabat-sahabat dan rakan pembaca sekalian, apa yang dapat saya ringkaskan daripada cerita di atas, Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Maka bersabarlah dan berdoalah kepada Allah agar masalah yang anda hadapi akan selesai. Percayalah Allah itu Maha mendengar. Yakinlah setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.

Saya akhiri coretan pada kali ini dengan firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 107 yang bermaksudTidakkah kamu mengetahui bahawa kerajaan langit dan bumi adalah kepunyaan Allah?. Dan tiada bagimu selain Allah, seorang pelindung mahupun seorang penolong.


Ps: Dia patut baca ni.

11 comments:

Unknown said...

betul! serah semuanya kepada Allah :) InsyaAllah.

Not Specified said...

Sentiasa berserah kepada Allah SWT. :)

aamalinaazman said...

alhamdulillah :))
berkat kesabaran takkan pernah menghampakan
cuma manusia itu terlalu cepat berputus harap dengan Dia..

Adam Malik said...

hikmah untuk orang yang penyabar,,..

Cik Pulau said...

yu.. lainnya baca..
is that yu????
huhuhuhu

budak penjara said...

betul..dalam quran kn de sebut "innallaha ma'as sobirin.."

Anonymous said...

Salam...
Betul..
Sabar...
Tp knp lain mcm je kamu kali ni..
Kamu dh sihat ke ipah?

Fasihah Supian said...

insaf -____-

alhamdulillah, bersyukur atas kesenangan sekarang..

Nong Andy said...

Ya Dia maha mendengar-aku tahu,percaya dan yakin! aku tahu luahanku selalu di dengarnya-meski aku seorang yg mudah lupa padaNya-tapi Dia tidak pernah lupa padaku-kerana dia maha pengasih dan penyayang.

Kira Sakura said...

sabar itu juga ujian...

Unknown said...

sabar itu kn separuh daripada iman...amin...
:)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers