CORETAN TERBARU NADH

Aku cemburu

Situasi:

Aku kawan dia
Kau pun sama
yang beza ialah layanan dia
Terhadap kita berdua

Pernah lalui? Peritkan? Susah sebenarnya alami situasi macam ni. Kita anggap semua kawan. Tapi bila ada beza dari layanan khususnya lelaki dan perempuan buat seseorang cemburu, iri hati.

Mulalah rasa kenapa bukan aku yang diberi layanan lebih? Apa kurangnya aku? Kenapa dia layan kawan aku lebih padahal dia tahu perempuan tu dah berpunya? Kenapa bukan aku yang dia suka? Kenapa aku sering dipinggirkan?

Pernah rasa perasaan ni? Kalau aku ditempat dia aku terima je. Walau sedih, tapi siapa kita nak paksa. Mungkin lelaki yang beri perhatian lebih kat perempuan tu dalam diam jatuh cinta. Mungkin dia lebih selesa dengan perempuan tu.

Jadi, aku rasa tak payahlah nak sedih. Kalau dia tak suka kawan dengan kita, ada yang suka kawan dengan kita. Percayalah! Jangan sebab seorang kawan kamu kehilangan beribu kepercayaan kepada kawan yang lain.

Sesiapa nak jadi kawan aku? Aku nak kawan ye bukan pakwe. Kang ramai cop aku gatal. Haha calon tak ada. Kawan pun jadilah. Muhaha keji ayatnya :-P Mentang kata calon tak ada semua mengaku bujang. Ceit!

Ps: Dia KAWAN!
Published with Blogger-droid v1.7.4

16 comments:

Cik Pulau said...

AHahhaa.
ai nak kawan dengan yu..muahahaha

syahana said...

Berkawan biar berjuta, bercinta biar beribu. hehehe

Cik_Shiqah said...

cemburu tak baik untuk kesihatan jiwa. ;D

kiera'sakura said...

tp andai satu hari nanti situasi tue berubah?

laki yg slalu ignore kt kita jatuh suka kat kita? buat cm tue semata sbb nk tgk kita jeles atau x.. cemburu kan tnda sayang ;)

Lelaki Ini said...

sy nak jd kawan awak!

ainiey said...

meh kita jadi kawan.. :)

Asyikin said...

SAYA NAK JADI KAWAN AWAK MULEH, CONFIRM LAH SAYA TAKLEY JADI BF AWAK KAN? Hihihihi ;p

mas saari said...

tak suka cemburu2 ni...

cik ika said...

nk jdi kawan awak boley..

1st tyme singgah blog ni~~

QasehSuci said...

hye....nak jadi kawan u bleh? Hheh...

Cik Bambam said...

yeker kawannn tuh..heheh

p/s- iffah.. akak dah pos..tp guna pos express.. then kena reject sbb kembung..ahhahah.. so ari ni baru nak pos balik guna pos laju..sorry eh iffah.. :(

Lea Isnawi said...

err kita kawan kan kan?

.........cP~ said...

eik? kenapa pulak ni?

Hanih Borhan said...

janganlah jeolous :p

Nong Andy said...

cemburu? eh.. biasalah tu manusia.. cemburu! itu normal.. tak pernah cemburu? ITU BOHONG... cemburu tu satu perasaan.. adakalanya dtg x di undang, x dpt di halang.. tapi masih dpt di kengkang.. jgn jadi cemburu buta dah le hiihi..

eh.. aku.. aku nak kwn dengan iffah(sambil angkat tangan tingi2):)

deno said...

cemburu? kita kalau nak cemburu kena cemburu yang membina contohnye cemburu kawan yang slalu dapat markah tinggi dan itu memotivasikan kita untuk belajar dengan lebih kuat! bila cemburu, jangan sampai tak berkawan pula..betul tak ifah? :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers