CORETAN TERBARU NADH

La Tahzan: Aku Yang Kau Tinggalkan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Macam pernah dengarkan tajuk ini. Tajuk novel karya Alina Haizar. Tapi hari ini kita bukan ingin membicarakan tentang isi kandungan novel tersebut tetapi kita ingin membongkarkan perasaan dan hati kita sendiri. Aku yang kau tinggalkan. Tajuknya sahaja sudah menyesakkan dada. Sudah terbayang di fikiran siapakah manusia yang telah meninggalkan anda, bukan?. La Tahzan (jangan bersedih) bila anda ditinggalkan. Patah tumbuh hilang berganti. Walaupun yang berganti itu tidak sama dengan yang telah pergi tetapi ia lebih baik. Jangan anda titiskan airmata lagi. Tetapi tadahlah doa, bermohon agar dia sentiasa bahagia walau di mana pun dia berada.

Ikhlas : Ikhlaskan hati untuk melepaskan dia pergi. Andai itu yang mampu membahagiakan dirinya dan diri anda, buat apa lagi anda menahannya. Jangan terus-terusan menipu diri sendiri. Jangan sakitkan hati anda !.  kerana diakhirnya hati anda juga yang akan terguris. Biarkanlah segalanya berlalu. Ingatlah Allah itu sentiasa di sisi kita. Lepaskanlah dia kerana Allah menjanjikan seseorang yang lebih baik untuk anda. Bukankah Dia sentiasa tahu apa yang terbaik untuk makhlukNya.

Teruskan kehidupan : aku pernah ditinggalkan seseorang yang aku sayang. Meninggalkan dunia ini kerana di sana lebih baik untuknya. Sesedih mana pun aku dengan kehilangannya, aku wajib teruskan kehidupan ini demi orang-orang di sisi yang menyayangiku. Mungkin anda rasa anda adalah manusia yang paling sedih di dunia ini. Apa gunanya hidup ini tanpanya. Tapi sebenarnya anda lupa, ada lagi manusia yang diuji lebih hebat daripada anda. Anda kena ingat Allah takkan menguji hamba Nya melebihi kemampuan hamba Nya. Tabahlah wahai sahabat!. Teruskanlah perjalanan kehidupan ini kerana kita juga akan meninggalkan dunia ini. Jangan terus hanyut dalam kesedihan sehingga kita lupa mencari bekalan di akhirat.  

Kenangan : anda tidak boleh memaksa diri anda melupakannya. Anda tidak akan mampu menahan fikiran anda untuk terus memikirkannya. Tidak perlulah anda padamkan segala memori bersamanya. Kenangan ibarat masa. Masa yang berlalu takkan kembali. Begitu juga kenangan, kenangan yang berlalu takkan berulang lagi tapi ia akan kekal dalam kotak ingatan sepanjang hayat kita. Jadi, simpanlah ia sebagai kenangan dimana anda pernah mengenalinya sepanjang kehidupan anda. Simpanlah segala memori yang indah itu kemas dalam hati anda. Dan ingatilah ia suatu kenangan terindah.

Tinggalkanlah aku bila masanya telah tiba. Kerana aku yakin, lambat atau cepat kau tetap akan meninggalkan aku. Samada kau tinggalkan aku kerana Allah atau kerana makhlukNya, aku harus redha dengan ketentuanNya. Kehidupan ini harus aku teruskan kerana di hujungnya aku pasti Dia telah sediakan sesuatu yang indah buat hamba Nya yang bersabar dan bertakwa. Sama-sama kita renungkan. Sekian.
Ps: Dia kuat.

15 comments:

Faaein Talip Roy said...

hidup di dunia tak kekal lama..

moga akhirat dapat bersama...

deeya said...

kalau dia kuat , iffah pun kuat .. deeya pun kuat jugak . kite semua kuat sbb kite ade Allah .. orang sabar Allah sayang . mule2 Dia bagi hujan , nanti Dia bagi pelangi :)

Eera Shera said...

izinkan aku pergi sebelum mu sebab aku tak sanggup meratapi saatnya kau pergi dulu *eh tetibe terfeeling lebih hehe

Cik Pulau said...

betol..
sampai suatu saat..
kita akan sedar..
semua yang berlaku ada hikmahnya..
Allah Maha Mengetahui..
Dia sediakan yang lebih baik untuk kita..
bersangka baiklah dengan Allah..

p/s: yu.. apsal tulisan jadi t.n.romance.. ni mesti copy paste dari word.. hee~

Juliet_iRa~" said...

akk pernah bc buku la tahzan ni..y pengarang dia dr indon..bukan novel..

byk tips utk kita bangkit smula..

:)

Lea Isnawi said...

teruskan hidup dan lupakan segala kenangan pahit =)

Solihin Zubir said...

jangan pernah tangisi dan menyesal apa yg telah Allah aturkan.. krn Allah tahu apa yg terbaik buat hambanya..

saya cello191 said...

p'pisahan itu terlalu perit..

T___T

Unknown said...

perpisahan membuatkan jiwa Eza hilang saat kegersangan iman di dada suatu masa dahulu. Astagfirullah ala'ziim..

Sunah Sakura said...

baru je buat entri pasal dia yang da pergi tinggalkan i... T_T

ni penulis kedua lagi ye...ke ketiga?

maszull said...

asalamualaikum iffah...jgn disesali ngan pemergian nyer tapi ingatilah die selalu n lekatkn die kekal di hati selama2nya...:)

msredcheesecake said...

Memang perit ditinggalkan... Berilah masa untuk diri kita menangis, kemudian kena bangun semula lebih kuat...

K said...

ni penulis ke seratus

eija said...

ditigalkan mmg myakitkn.... Snag utk bkta tp ssh utk mlaksanakn... Sama2 lah kita bgun utk mlupakan kesengsaraan.. :)

Kira Sakura said...

tiap yg terjadi msti ade hikmah nye...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers