CORETAN TERBARU NADH

Cikgu tadika ye?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Selalu kalau orang jumpa aku mesti tanya ni.
1. Umur berapa?
2. Belajar lagi ke?
3. Kat mana?
4. Oh jadi cikgulah. Cikgu apa?
5. Prasekolah? Cikgu tadika ye?
6. Oh prasekolah tu bukan tadika ke?
7. Prasekolah ada kat sekolah eh?
8. Oh prasekolah tu bawah kementerian. Ajar apa?
9. Ada jugak eh prasekolah ni?
10. Ingatkan tadika macam tadika kemas tu. Lain ye?

Cukuplah soalan-soalan tu. Untuk pengetahuan, sekarang tadika pun wajib guna kurikulum standard prasekolah kebangsaan. Jadi cikgu tadika pun tugasnya mengajar. Bukan jadi babysitter semata-mata. Jangan nak bezakan standard semua pendidik yang ada.

Walaupun korang rasa cikgu prasekolah tu cuma ajar ABC, 123, ajar baca tulis. Tak bermakna kami ni kelas bawahan. Tak ada kami tak ada murid celik huruf. Kami tak terasa hina sebab kami pun akan ada kelulusan ijazah. Kami pun akan menerima gaji untuk jawatan dg 41. Jadi aku tak kisah korang nak gelarkan kami ni apapun. Sebab kami juga seorang pendidik =)

Entry ni di auto publish. Semua entry sehingga 5.12.2011 auto publish. Sebarang jejak akan dibalas setelah pulang semula ke rumah=) Off to Kelantan tempat kelahiranku.

Ps: Dia suka aku jadi cikgu. Erk

21 comments:

Masz Mukhtar said...

La. Cikgu tadika pun belajar lama jugak ke? Dem! Itu aku menyampah!

mas saari said...

cikgu pra sekolah patut dihargai sebab merekalah yang mula2 mendidik anak2 mengenal ABC..

Eera Shera said...

cikgu tetap satu tugas yg mulia

Unknown said...

eyh,dah jadi cikgu tadika ke sekarang?

Cikrosecute said...

Semua Cikgu sama...tak kira tadika ke apa...kan....

Awatif Azizi said...

owh...ore klate jgok ke??hehe...
btw..watif pun ada cita2 nak jadi cikgu tadika...insyaallah...

MerLe said...

setuju~ =D

Farhan Hanif said...

seronok tgk telatah budak kecik...=D

r-5 said...

saya suka cikgu tadika.. sebab mereka cantik-cantik.. hahaha btw jangan dipikirkan apa orang lain cakap, mereka takkan faham kesusahan yang kita hadapi.. biasala mulut orang bukan semua kita boleh tutup.. :)

QasehSuci said...

cikgu tadika pown pendidik juga...

Unknown said...

Eza masih ingat cikgu eza kat tadika...hehe...nice moment to remember actually...:)

maszull said...

assalamualaikum iffah...cikgu prasekolah cikgu gak apa salahnyakn...:)

Cik Bambam said...

ajar budak 0 basic knowledge lagi payah dari ajar budak skolah rendah or skolah menengah.. don't listen to them bout da standard smua tuh iffah..

mak CB pon cikgu.. dr skolah mngh pergi skolah rendah.. selalu blk keje.. citer perangai budak2 darjah 1 nie.. susah nak guide dorang.. salah basic.. salah lar selanjutnya.. big responsibilites..

kagum ngan cikgu pra n cikgu skolah rendah nie! :)

Lydia Miza said...

bkn semua org blh jd guru pra sekolah kan iffah.seronok apa..mendidik anak kecil mengenal ABC, bergotong royong dgn PPM bila awal tahun anak kecil terberak dlm seluar..kejar2 anak kecil bila mereka tak mau masuk kelas..arghhh rindu saat tu.

akak bangga dgn tugasmu iffah. dan akak amat syg guru pra sekolah anak2 akak dulu

Aretikz said...

Uuh.. Mesti best layan budak2.. ^_^

Nong Andy said...

Dalam kehidupan anak-anak, dalam usia 5 tahun pertama adalah yang terpenting sekali dalam membentuk keperibadian mereka hingga dewasa, titik tolak mereka menjadi manusia yang macam mana kelak, jadi jangan pandang rendah pada guru tadika!!

* Aku masih ingat guru tadika ku yang bersuara lembut-merdu sekali kalau menyanyi dan manis orangnya.

saya cello191 said...

kalau nk kira..cikgu tadika yg paling b'jasa..

ajar budak2 yg buta huruf jadi celik huruf..^^

budak penjara said...

klu x de cikgu tadika..xdelah perdana menteri..xde la menteri besar.. itu semua bermula dari tadika..

Kira Sakura said...

cikgu tadika la paling berat tanggungjawab..

jadi ckgu tadika nie untung sbb die ada pengalaman nk didik anak die sndiri nanti... :)

Elly Jade said...

cikgu pra memang akak salute
lg sabar dgn murid2 =)

Ce'gu JAERA said...

ya, cikgu pra sekolah lah antara tugas yang mencabar d sekolah. nak menjaga anak umur 5-6 tahun bukannya mudah.. apatah lagi nak membimbing murid2 yang buta huruf... huhu

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers