CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Menangis dalam hujan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Dia terduduk. Tangisan menderu keluar. Sedih menikam di dada. Hujan pun turun dengan lebatnya. Sama seperti hujan di dalam hatinya. Syahirah menangis sepuas-puasnya. Hatinya sungguh perit. Tak rela dia mengulangi kesilapan itu. Namun, nasi telah jadi bubur. Fikiran menerawang ke kisah dulu.

Xxxxx

“Awak, couple jom,” Johan mengumpan. Syahirah terkedu. Buat pertama kali dia dilamar menjadi seorang yang sungguh istimewa bagi seorang lelaki. Hatinya berbunga-bunga.
“Awak…” Panggilan Johan menggetarkan jiwanya yang tak keruan.
“Hurm…”
“Saya serius ni. Saya sayang awak,” Johan mencuba meyakinkan Syahirah.
“Awak, betul ni?” Syahirah masih ragu-ragu.
“Betullah. Kita couple je. Bukan buat apapun,” Dengan rela hatinya Syahirah membuka hati menerima cinta dari jejaka yang baru dikenalinya. Hati remaja memberontak mencari cinta. Lama sudah dia mencari. Akhirnya, cinta yang dinanti singgah di hatinya. Hidupnya saat itu umpama bulan jatuh ke riba.

Xxxxx

“Awak…” Suara itu menggamit rasa malu tiba-tiba. Dia malu untuk berpaling. Sungguh mulia hati si pemilik suara garau itu.
“Awak…janganlah macam ni,”
Keduanya diam tanpa kata. Hakim risau melihat perempuan itu. Sejak hari Hakim melamar Syahirah hinggalah sekarang perempuan itu sah menjadi suri hidupnya, tangisan sentiasa menemani. Sebagai suami dia tak sanggup melihat isterinya berterusan berendam air mata. Dia ikhlas ingin menjadi peneman kala isterinya kesedihan. Namun apakan daya, perempuan bernama Syahirah masih lagi membisu tanpa kata. Masih tidak mahu meluah setiap rasa. Hakim berlalu pergi dari kamar itu. Dibiarkan isterinya berteleku lagi.

Xxxxx

“Irah, sampai bila kau nak duduk berkurung macam ni? Kau tahu tak kau tu dah jadi bini orang?” Nafeesa melahirkan rasa tak puas hatinya. Syahirah diam seperti selalu. Walau matanya bengkak sekalipun dia tak peduli. Hatinya ingin menangis, menangis dan menangis lagi.
“Irah tolonglah. Jangan sebab kisah dulu. Kau nak hukum Hakim. Kesian laki kau tahu tak???” Kuat menampar gegendang telinga. Syahirah berpaling.
“Bila masa aku hukum dia? Aku tak pernah suruh dia nikahi aku,”
“Kau tahu tak Hakim tu dah sebulan jadi suami kau. Kau tahu tak sebulan tu jugak dia sanggup bersabar dengan perangai kau yang tak serupa orang ni,”
“Tak serupa orang? Aku dah lama mati, Na. Aku dah mati masa Johan perbodohkan aku. Aku dah mati masa aku terpalit noda. Aku dah mati. Hakim tu bodoh sebab dia tak nampak yang aku sebenarnya dah mati,” Tangisan menderu lagi. Hakim yang lama berdiri di muka pintu tersentak mendengar kata azimat terkeluar dari mulut isterinya. Hati pedih mengenangkan isterinya begitu. Apa lagi cara yang membolehkan dia memberi nafas baru kepada isteri yang ikhlas dinikahi sebulan yang lalu. Nafeesa memandang Hakim. Dia juga tak mampu membantu. Lemah kakinya melangkah meninggalkan sahabatnya.

Xxxxx

Hakim berdiri di balkoni. Dia diam memandang betapa indahnya ciptaan Allah jadikan. Panorama malam menggamit segenap rasanya. Fikiran yang serabut sejak dulu kini tenang dengan memuja ciptaan yang Esa. Dia terpandangkan kelibat Syahirah di sisi katil. Diam tak berkutik. Matanya pantas dialihkan semula. Bimbang Syahirah terperasankan lirikan matanya.
“Awak,” Hakim terperanjat.
“Awak,” Syahirah sudah berdiri di sebelahnya. Hampir gugur jantung Hakim memandang isterinya. Wajahnya pucat.
“Kenapa Sya?” Hakim cuba memandang isterinya. Tatkala melihat isterinya, hatinya tersentuh. Sedih.
“Saya dahaga…” Syahirah terduduk.
“Kejap saya ambilkan. Awak rehat je,” Anggukan Syahirah lemah. Hakim terus berlari mendapatkan air. Itulah saat pertama dia mendengar suara Syahirah secara dekat. Pertama kali juga isterinya bercakap dengannya. Hakim menangis tanda kesyukuran.
“Nah airnya,” Hakim membantu Syahirah minum.
“Terima kasih,” Syahirah ingin bangun. Namun, kakinya sangat tak berdaya. Lama sudah dia tak berjalan. Umpama insan mati di bilik ini.
“Mari saya pimpinkan. Awak, lain kali nak apa-apa panggil je saya ye,” Hakim memegang lembut tangan isterinya. Dia perlu berhati-hati. Walaupun isterinya halal bagi dirinya tak bermakna dia boleh bertindak sesuka hati. Bimbang hati Syahirah tercalar lagi.

Xxxxx

Syahirah bersemangat secara tiba-tiba. Hampir dua bulan dia mendengar celoteh suaminya. Yang tak putus-putus cuba untuk berborak. Walau hatinya masih berdarah, dia harus teruskan hidup demi insan itu. Insan itu sangat istimewa. Tak pernah kenal jemu.
“Bila?” Hakim sedang bercakap dengan seseorang. Syahirah turun dengan berhati-hati. Bimbang dia ketahuan.
“Kau jangan nak tuduh bini aku macam-macam. Walau siapapun dia masa lampau, itu tak menjadi kesan pada aku. Aku terima dia sebab dia yang sekarang. Aku tak nak kau jaja lagi kisah hidup bini aku. Kau tahulah nasib kau nanti,” Kata-kata amaran Hakim jelas kedengaran. Syahirah terduduk.
“Eh awak!” Segera Hakim mendapatkan Syahirah yang lemah.
“Kenapa ni?” Berkaca mata Syahirah memandang suaminya.
“Hakimmm…”
“Ya kenapa?” Dipandang raut wajah isterinya yang lesu.
“Kenapa awak baik sangat?”
Hakim terdiam.
‘Dia terdengar ke tadi?’
Syahirah masih menanti jawapan dari bibir suaminya. Dia tak sangka ada juga lelaki sebaik ini yang sanggup memperisterikan seorang perempuan yang penuh noda di masa silam.
“Saya tak ada jawapan untuk itu. Sebab saya tak rasa saya baik. Dah jom duduk kat kerusi. Kenapa suka sangat duduk kat lantai ni,” Hakim cuba menukar suasana. Namun, gagal.
“Awak, saya dah banyak berdosa. Dah tak layak hidup. Kenapa awak still menangkan saya? Jaga saya. Sabar dengan perangai saya. Kenapa???” Syahirah menangis lagi.
“Sebabnya…awak tahu sebabnya,” Hakim tersenyum.
“Jangan main-mainkan saya. Tolong jawab. Kenapa awak layan saya baik sangat? Sampaikan saya dah…”
“Syhhhh, janganlah macam ni. Saya tak sanggup tengok buah hati saya menangis je,”
Syahirah terdiam. Dipandangnya Hakim dalam-dalam. Adakah benar lelaki ini tercipta untuknya? Adakah benar cinta lelaki ini tulus tak seperti Johan suatu ketika dulu?
“Awak fikir apa tu?” Hakim mematikan lamunan isterinya.
“Tak ada apa. Saya cuma…”
“Cuma apa? Dah kita tak payah cerita panjang. Malam nanti saya jawab soalan awak. Sekarang boleh masak untuk saya? Laparlah,” Hakim buat muka kesian. Syahirah diam memikirkan sesuatu.
“Tolonglah masakkan untuk saya. Selama ni saya makan maggi je. Nama je dah kahwin,” Syahirah tersentuh lalu segera dia ke dapur menunaikan tanggungjawabnya. Dia nekad. Hati Hakim perlu dijaga.

Xxxxx

Hanya mata bertentang mata. Hati sudah terusik jua. Hanya kilasan pandangan tanpa kata. Cinta terpatri tiada suara. Hati Hakim lama sudah terpaut sama Syahirah. Cintanya dalam diam membuatkan Hakim lebih tabah dari sebelumnya. Baginya semua orang ada kisah lalu. Tak penting jika diungkit-ungkit. Cukuplah sekadar kisah itu menjadi benteng isterinya di hari kelak. Tiada apa yang boleh merubah hatinya yang telah tertawan sekian lamanya.
“Awak,” Hakim berpaling. Buku notanya ditutup rapat. Tak mahu rahsia hatinya terbongkar.
“Saya ganggu ke?”
“Tak Sya. Meh duduk sini,” Syahirah takut-takut untuk melangkah.
“Sinilah. Saya bukan makan orang pun,” Hakim ketawa.
“Saya sebenarnya…” Syahirah terdiam melihat potret di atas meja kerja suaminya. Wajah sepasang suami isteri menghiasi meja itu. Dia tak sangka Hakim menyimpan gambar perkahwinan mereka.
“Saya tahu awak nakkan jawapan tadi kan?” Hakim menghadap isterinya.
“Aah. Awak kata malam ni kan?”
“Baik. Awak kena sediakan tisu dan telinga. Panjang jawapan saya ni. Takut awak bosan lepas tu menguap sampai keluar air mata,” Sakatnya. Syahirah serius.
“Okey, saya Hakim. Kawan sekolah awak yang dulu. Awak tak perasan mana satu saya. Saya tahu. Sebab dulu awak dengan Nafeesa 24 jam. Saya ingat lagi awak tak suka bergaul dengan laki. Saya suka pendirian awak yang satu tu. Setelah lama berpisah, kita berjumpa semula. Waktu tu saya baru balik dari Mesir. Saya terserempak dengan awak. Berpegangan tangan dengan seorang lelaki. Hancurnya hati saya. Sebab saya ingat awak dah kahwin masa tu,” Hakim memandang isterinya yang tekun mendengar.
“Lagi…” Itu je respon dari Syahirah. Hakim sedikit kecewa.
“Saya jumpa Nafeesa. Dia ceritakan semua. Saya tak sangka Syahirah yang saya kenal boleh jadi begitu. Saya pun membawa diri. Saya balik kampung. Kerja kat sana setahun. Dengan harapan awak berbahagia dengan pilihan hati awak. Tapi berita awak dan dia clash membuatkan saya berkobar untuk mencuba nasib sekali lagi. Alhamdulillah sekarang awak dah pun jadi milik saya yang sah,” Hakim menutup kisah lama.
“Tu je?”
“Yalah tu je. Kenapa?” Muka berkerut.
“Saya tak puas hati. Macam mana awak boleh terima perempuan macam saya ni? Macam mana awak sanggup nikah dengan saya yang dah tak…” Hakim menghentikan kata-kata isterinya dengan meletakkan jari di bibirnya.
“Syyyhh. Awak tak baik cakap macam tu. Inikan takdir. Saya percaya jodoh saya ialah awak. Walaupun bertahun lama hati ni memang untuk awak seorang. Soal masa lampau awak tu biarlah jadi sejarah yang mematangkan awak. Saya pun manusia biasa. Tetap ada buat silap. Awak jangan bandingkan diri awak dengan saya. Awak insan kesayangan saya. Mustahil saya nak menolak awak dengan hanya kerana sejarah dulu. Saya tahu awak dah berubah. Saya tahu awak dah tak macam dulu. Saya tahu,” Tangisan si isteri menderu.
“Hakim, awak baik sangat. Tak terbalas budi saya rasa. Awak…”
“Dah, jangan nangis lagi. saya ni memang dah ditakdirkan untuk mengelap air mata awak agaknya,” Jarinya pantas menyapu mutiara yang jatuh dari tubir mata.
“Siapa suruh awak lapkan?” Dia mencebik.
“Eh tak suka ke?” Hakim risau. Syahirah hanya menggeleng laju. Pantas isterinya ditarik dan dipeluk erat. 

Hati Hakim berbunga. Penantiannya berakhir sudah. Cinta si isteri akan dibaja hingga tumbuh hasilnya. Dia percaya dengan takdir Allah. Dia tahu suatu hari nanti pasti bahagia milik mereka selamanya.

Nota Iffah: Masih mencuba dan terus mencuba. Kritiklah kerana aku masih lagi sedang belajar dan cuba mengubah menjadi lebih baik. Seperti yang aku janjikan. Nama Hakim sempena dia berjaya teka harga air.

Ps: Dia menghilang lagi.

12 comments:

al_hakim said...

best2,,teruskan menulis =) btw tq ye,,

Gen2Merah said...

tekun mata saya membaca satu persatu.. Tak pasal2 air mata saya bergenang.. ehehe. Siyes. Sedih lah kisah ni..

Hebat jalan cerita penulisannya. Ada sambungan ke ni???

Nong Andy said...

"saya ni memang dah ditakdirkan untuk mengelap air mata awak agaknya"

Paling suka ayat ni. Mengharukan.. touch terus ke dlm hati :)

si Hakim tu memang 'hensem' habis!!

msredcheesecake said...

Hakim terbaik... Kalau ada org tersilap langkah, kita bantu dia betulkan semula langkahnya... Bukan menghina....

Pencari diri sendiri said...

best cerite awak. mantop!

fRaMe+LenSeS said...

Nadh nk jadi tukang lap air mata juga, leh x? Weeee

Farhan Hanif said...

nice...=D

Woofer Storm said...

pnjangnya cerpen,leh buat novel lepas ni..

slmt malam^^

sergeant keroro said...

macam kenal jek watak laki tu macam sape

KaK LimAh Si SupiR said...

nak suami mcm hakim T_T

kiera'sakura said...

pg2 lg dh bkak cerpen nie, dengki pakcik tue sbb dpt bce dlu dari akak..hihihi..

ok bru nk komen pasal cerpen..

best!!!! suka sgt.. bukti cinta seorang lelaki bkn diukur pada apa2 pown.. cinta sejati yg ikhlas dari hati,, suka suka,,,, :D

ir prof dr alia rosli said...

hahahaha, lama dah xberangan

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers