CORETAN TERBARU NADH

Kalau malu tak dapat!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Orang sekarang ada juga yang simpan rasa malu. Bukan orang dulu-dulu je ada perasaan malu. Cuma bezanya, beberapa kerat je yang ada lagi rasa malu ni.

Pernah dengar tak ayat ni;

KALAU MALU TAK DAPAT!

Malu nak dapatkan sesuatu. Contohnya aku nak makan durian kat rumah bapak mertua* olok-olok je. Tapi aku malu nak ambil. Sampai durian tu habis. Aku pun hanya mampu memandang. Kan? Sebab malu terlampau aku tak dapat merasa durian kuning keemasan tu.

Tapi cuba kalau aku ubah situasi ayat ni kepada situasi lain. Contoh;

KALAU MALU TAK DAPAT!

Aku nak merasa macam mana rasanya bercinta. Berdating. Pergi tempat-tempat romantik. Berkenalan dengan jejaka pilihan malaya. Segalanya aku nak cuba. Tapi aku malu. Malu dengan Allah. Dengan keluarga. Dengan kawan. Sekali kawan aku cakap; Kau malu tak dapatlah nak tolong. Nak cuba tak?

Tengok, sekelip mata ayat yang sama jadi dua perkara berbeza. Negatif dan positif. Cuma kita yang berhak memilih sama ada nak yang mana. Jadi jagalah perasaan 'malu' anda. Ada perkara yang perlu dan tak perlu malu. Jadi renungkan bersama!

Ps: Dia tak malu dengan aku.

17 comments:

Miss Xyz said...

yup, tp jgnla smpai x tau malu hbsik. smua durian yg ada kat rmh org tu.. haha XD

kiera'sakura said...

betul tue... anak2 dari kecik kene ajar sikap malu supaya bila besar jgn die jadi xtau malu...

Eza Boom Boom :) said...

malu biar bertempat. tapi, kalau bab makan tu, iffah jangan la malu-malu.. :D Kan dah terlepas durian kuning tu. :)

nur Muhammad said...

saya seorang yang pemalu ,,.. *sila percaya*

ijA said...

ahhh..malu xdaapt..bila study..bila malu nak tanya..xfhm langsung..xdpt apa ilmu yang diajar..

lieynanilaz said...

perasaan malu tu kena tengok pada situasi...:)

Totie@Tomy said...

malu ni bergantung pada tempat dan keadaan..

mas saari said...

seeloknya malu tu biar bertempat! jgn tak tahu malu sudahlah..

QasehSuci said...

Setuju malu biar bertempat....

Cik Pulau said...

malu biar bertempat..
ai nak tambah lagi..
malu tanya sesat jalan..
malu makan.. lapar.. hahaha

maszull said...

assalamualaikum iffah...betul tu malu tu biarlah bertempatkan...:)

MERAH said...

Salam, kalau benda yg elok2 tu jgn malu xbtmpat.tapi benda yg dosa2 ni haruslah ada malu yg menebal.kan kan.barulah aman bahagia hidup.hee :)

Eera Shera said...

malu kena tgk tempat gak..

KaK LimAh Si SupiR said...

mcm qasehsuci ckp..malu bia betempat ^_^
dan perlu malu utk melakukan bnde2 yg xelok utk dilakukan :)

aimie amalina said...

heeee
maka malu itu harussss bertempat :)

ahsfantasy24 said...

Kalau malu, ta dapat..
Jadi kalau malu biarlah bertempat :)

Latest Post:
1. Yang kau kahwin tu, kau pernah kahwin sebelum ni?
2. Lupakan cinta lama. Kau boleh?

deno said...

"kalau malu lapar...." selalu dengar ayat nie dari mak

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers