CORETAN TERBARU NADH

Ayah aku tak macam ayah kau

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ayah aku dulu garang
Rotan selalu ada kat tangan
Maklumlah cikgu disiplin
Semua orang takut dengan dia

Selalu kena solat jemaah
Kalau mengaji mesti menangis
Sakit kena rotan kalau salah
Tapi itu semua dulu

Sekarang dah besar
Takkan kena rotan lagi
Tapi kalau tak kena rotan
Makin teruk perangai

Ayah sekarang jarang marah
Mungkin dah tak baran
Tapi tetap ada tegasnya
Baju seksi tak boleh

Keluar malam mesti bersyarat
Pergi jalan dia percaya
Janji kena jaga diri dan adab
Jangan buat malu keluarga

Saja nak cerita pasal ayah
Sebab ayah kita tak sama
Lain ayah lain caranya
Jangan pelik dengannya

Nota Iffah: Bangga ada ayah macam ni. Korang macam mana?

Ps: Dia lain.

13 comments:

Gen2Merah said...

alhamdulillah.. syukurnya kalau ada ayah yang bertanggungjawab macam ni.... demi kebahagiaan seisi keluarga dalam mendidik anak2 terutama anak pempuan... (",)

Farhan Hanif said...

klu saya mak yg garang...maklumlah cikgu...=D

Lelaki Ini said...

ayah kita sama!
garang!
hehehe

Miss Xyz said...

btul tu, x smua org punya cara yg sama ;)

kiera'sakura said...

akak bersyukur papa akak x kasi gi pekan jenjalan masa sekolah dlu.. klu x, xjd manusia kowt akak skang nie..huhuhuhu

Eza Boom Boom :) said...

Ayah eza jarang bagi Eza keluar dengan lelaki..Hihi. Sampai umur 20 ni, baru bagi sikit-sikit. itupun sebab ayah Eza sekali ikut.^^

FasiHaH SupiaN said...

ermm part mengaji mesti menangis samalah.

Lea Isnawi said...

ayah lea x garang garang sgt

biasa2 je

tp pandai masak!

maszull said...

assalamualaikum iffah...seorang ayah yg bertanggungjawab membesarkan anak2nya dgn ajaran dan didikan yg berguna...:)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

ayah akak tak garang..tp bila dia dah pandang2 kami semua tunduk dah takut.belum dia capai rotan lagi kami dah gerun..huhu.

Nong Andy said...

Ayah aku tak garang macam orang lain..
Ayah aku tak perihatin macam ayah orang lain..
Ayah aku byk kelemahan macam manusia yang lain..
dan aku sayangkan ayah aku macam orang lain juga :)

r-5 said...

ayah kite pon same time tecik2 dulu, tapi skang ayah boboi da tak garang cem dulu.. :p tapi still tegas.. boboi palk lagi tegas kat kakak n adik2 macam ayah muda2 dulu.. :p

Halimatun Sa'adiah said...

mcm abah sy jugak...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers