CORETAN TERBARU NADH

Lelaki idaman

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ada seorang perempuan. Dia suka sangat kumpulan UNIC masa dulu. Sampai sanggup turun padang pergi konsert. Tapi sekarang dah berubah. Dia tak minat sangat sebab orang yang dia minat dah kahwin. Dia teringat kata-katanya yang dulu.

"Aku suka Fitri. Comel," A tersenyum. Hatinya berbunga.
"Dia? Jambu je," B mengutuk.
"Eh kalau aku dah besar aku nak cari suami macam dia," A tak nak kalah.
"Kenapa?" 
"Aku suka lelaki pakai kemeja, lepas tu lengan dilipat sampai siku. Pakai spek. Tinggi lagi satu," A berangan lagi.
"Eh Fitri tu rendahlah," B pelik.
"Memanglah. Tapi dia tinggi dari aku kan?"

Perbualan zaman dulu membuatkan dia rindu zaman remajanya. Tapi kini sampai sekarang lelaki idamannya tak muncul. Dia tak kecewa. Sebab dia semakin matang untuk membuat pilihan pasangan. Takkan ingin memilih dari luaran semata. Tetapi baru beberapa hari lepas, dia jumpa lelaki seperti yang dia sebutkan satu ketika dulu. Adakah mimpi jadi kenyataan? Adakah lelaki itu akan menjadi imamnya kelak?

Ps: Dia tak menepati ciri-ciri ni.

10 comments:

H.J said...

berlagak*

FasiHaH SupiaN said...

yg penting agamanya...

Nong Andy said...

lelaki idaman selalu berubah mengikut peredaran masa/usia/pemikiran dan persekitaran kita...

fRaMe+LenSeS said...

boleh tu. doa la. :)

Lea Isnawi said...

dulu suka fitri gak

tp rasanya haiz hamidun pun ensem

hihi

kiera'sakura said...

sme mcm ciri2 akak dlu... hihihi..

tp akak x penah cari ciri tue, sbb akak slalu jtuh cinta tanpa diketahui sbbnye...

KaK LimAh Si SupiR said...

hik3 :P

[PCL] said...

singgah Salam, pcl mencelah...kalau dapat yg lain secara takdirnya jgnlah jd keluh kesah, ianya boleh dibentuk mengikut kesefahaman antara pasangan melalui perbincangan yg ideal...semoga berjaya bertemu lelaki idaman kalbu.

Cik Bambam said...

nak berangan tak salah kan.. :P

maszull said...

assalamualaikum iffah...insyaAllah mudah2an hendaknya...:)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers