CORETAN TERBARU NADH

Nak cerita pasal PMR

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Dah lama aku ambil PMR rupanya. Dalam diam dah 7 tahun. Masih teringat betapa malasnya aku belajar masa tu. Erk sekarang pun. Nak tahu result aku? 1A je. Itupun KH. Hebat result akukan? Sikitpun aku tak sedih masa tu sebab memang aku pemalas pun.

Result penuh 1A 6B 1C. Setiap hari ibu bising suruh belajar. Aku buat tak tahu. Hinggakan aku nak SPM tahun tu tapi adik aku yang nak SPM tahun depan dah mula belajar gigih. Sampai sekarang ayat ibu masih sama. Risau dengan aku ni. Yang paling teruk result setakat ni akulah. 

Yang lain 8A. Aku tak malu pun. Rasa bangga dengan kakak-kakak, abang dan adik-adik aku. Semua pandai. Anak cikgu kan? Tapi tujuan aku taip ni bukan nak bangga dengan result PMR aku tu tapi nak bagi semangat kat adik-adik yang tak berjaya dalam PMR. Jangan putus asa. PMR hanya titik permulaan. Perjalanan masih jauh dik!

Aku teruk manapun masa PMR, SPM dulu tetap dapat masuk maktab. Belajar jadi cikgu. Insyaallah akan genggam segulung ijazah tahun depan. Insyaallah juga akan jadi cikgu 2013 nanti. Jadi kalau aku boleh, kenapa tak adik-adik yang kat luar sana. Usahalah. Rezeki Allah ada di mana-mana. PERCAYALAH!

Ps: Mesti dia rasa aku macam pakar motivasi pulak!

14 comments:

Cik Pulau said...

betul.. dan dapat cemerlang sekarang.. belum tentu depan2 nanti kita cemerlang..
yang penting usaha...huhuu~

aamalinaazman said...

weee
sokong kak ngahh lelajuuuuu! :))

Ce'gu JAERA said...

ya saya setuju... PMR hanyalah detik permulaan utk menyedarkan diri.. betapa ilmu itu rupa2nya adalah gambaran masa hadapan kita..

teruskan belajar.. kegagalan tidak beerti gagal selamanya2nya

FR said...

betul3 :>
sgt setuu dgn akak..

nsk said...

eh. ok la tu. ada jugak A dari takda. hehe

nora rashid said...

pmR baru step 1..banyak lagi Step2 yg menunggu...

jd cekgu ye thun depan.??

welkem to d club..hehe

Nong Andy said...

er... adik ku iffah, aku dah tinggalkan PMR 18 tahun lalu.. OMG! i'm so old.... kalau tak silap, aku dlm golongan 1st bacth ambil PMR coz dulu-dulu ia si sebut SRP. :)

*result aku dulu paling bagus pun B saja.. aku x malu nak mengaku hihi

Not Specified said...

Erk, nervous plak tahun depan sebab adik PMR. =='

mas saari said...

lebih kurang akak je, akak 1A 7B... heheheeee

Unknown said...

PMR just tiket untuk masuk jalan mana time form 4 nanti. Hee.. SPM lagi penting kot. Ambik KH yang mana satu? ERT ke? ^_^

budak penjara said...

alah..ak ngn geng2 aku x amik pmr pon..hehe..tp leh idop alhamdulillah

Dayang Deno said...

bila kita dah belajar bersungguh-sungguh, mesti kita bangga dgn result yang keluar walau apa pun result nya... ifah kira beruntung dpt amik pmr... deno tak amik pun pmr, masa tu sakit tenat.. terus naik form 4 tanpa amiik pmr.. jadi deno just ada sijil upsr n spm..

Eera Shera said...

masa pmr pun aku main2

Kira Sakura said...

insyaAllah yg penting jgn putus asa... :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers