ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Terkelu nak mula dari mana. Sakit. Siapa tak pernah merasakannya? Perit. Pedih. Namun, setiap sakit pasti rasanya berbeza. Ada orang sakit gigi menangis bagai nak rak. Ada pula yang sakit perut sampai moody seharian. Ada yang berkurung dalam bilik kerana sakit hati. Semuanya berkaitan dengan sakit.
Sakit itu ujian dari Allah pastinya. Kalau kita tak pernah merasakan sakit itu, nescaya hanya beberapa kerat yang mengingati Allah. Bila sakit, orang mula mengingati Allah. Berdoa kepadaNya. Agar dikurangkan sakit yang dialami. Bila sakit baru nak bertaubat. Baru nak minta ampun. Itu perkara biasa yang ada di muka bumi ini. Tapi percayalah sakit itu merupakan ujian terindah. Antara sebabnya;
Ujian:
Segalanya yang Allah beri kepada kita adalah ujian. Ujian untuk menguatkan keimanan kita kepadaNya. Ujian seperti sakit tak ramai yang dapat. Ujian sebegini harus kita terima dengan redha. Yang pastinya, jadikan sakit sebagai batu loncatan agar kita kuat dalam menghadapi segala ujian yang mendatang. Ujian sakit adalah peringatan kepada kita bahawa hidup kita di dunia bukan untuk keseronokan semata.
Insan terpilih:
Hanya insan terpilih je akan merasai sakit. Bila sakit kita akan mendekat kepadaNya. Kita akan setia membasahkan bibir untuk berzikir. Kita akan rasa disayangi oleh Allah kerana hadirkan kesakitan yang orang lain takkan rasa. Orang mampu bersimpati. Namun, rasa sakit hanya dapat dilihat. Kita insan terpilih oleh Allah seharusnya bersyukur kerana merasai kesakitan ini.
Syukur:
Dengan hadirnya sakit ini kita akan lebih bersyukur. Syukur kerana ujian sakit diberikan untuk menyedarkan kita tentang kekhilafan masa lalu. Sakit sebagai penguat semangat kita di hari kelak. Sakit diberi untuk mengajar kita erti bersyukur. Jika sebelum ni kita lalai menggunakan nikmat yang diberikan, kini nikmat ditarik balik. Apakah kita pernah bersyukur sebelum ini badan sihat cergas? Adakah kita insan yang sentiasa bersyukur dengan segala yang Allah kurniakan?
Jadi, sakit bukan satu halangan untuk kita kuat menghadapi dugaan mendatang. Jangan bersedih hanya sebab sakit yang kamu alami. Ingatlah, bahawa kamu sakit hanya sedikit cuma jika dibanding dengan yang terlantar di katil. Allah takkan membebani hambaNya melebihi kemampuannya. Ingat, sakit ini nikmat tak terhingga. Sebab tak semua orang mendapat sakit seperti kamu di luar. Sakit sebenarnya mengajar kamu supaya lebih kuat dari manusia lainnya. La Tahzan buat semua yang sedang sakit. Sesungguhnya sakit itu indah.
Ps: Dia sakit jugak.
15 comments:
sakit itu kan penghapus dosa-dosa kecil...
nikmat bg mereka yg menganggap sakit itu bukan beban..
sudah menjadi kebiasaaan bila sakit baru nak mendekatkan diri kepada ALLAH...mintak dijauhkan drpd mcm tu...=D
sakit kaki T_T
Orang yang tabah menghadapi sakit , adalah orang yang tabah menghadapi Ujian Allah :)
redho jewk if sakit..
biasalah..ada dosa kecik yg Allah nak ampunkan...
masa sakit la kita akan ingat Allah
dia sakit jugak
Teringat sorang budak menangis sakit gigi time birthday. Gigi pun nak sambut birthday jugak
Sakit juga ajar kita utk bersabar...
mesti bersabar...
Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM100, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/
as salam..
tapi sebilangannya pula bila sakit, dia terbalik. makin menjauhkan dirinya dari Allah. hm...
betol.. bersyukur lah Allah uji kita dgn sakit.. klu Allah uji kte dgn kesenangan tkt kita lalai nt..hurmmm
sakit itu indah...
suke n3 ni...tq2...
:)
Hidup lebih ceria dengan Perap Cenderawaseh..rahsia hilang segala sakit dan tingkat ketrampilan daripada alam semulajadi nano mikrofungus dan tumbuhan
Post a Comment