CORETAN TERBARU NADH

Part4: Kurasakan sesuatu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Part 1 sini
Part 2 sini

Part 3 sini
Teringat kata emaknya petang tadi. Izamir tak dapat melelapkan mata. Banyak kejadian berlaku dalam masa sehari. Diam tak diam setengah tahun dia berkenalan dengan Nurin. Satu-satunya gadis membuatkan hatinya tak tentu arah. Tapi dia tahu. Gadis bernama Amalina takkan menyerah kalah. Kisahnya dengan Amalina bukan seperti pasangan lain.
"Amalina, tak malu ke asyik ikut abang Izamir tu?" Abang Ilman menegur.
"Ala Ina suka abang Iz. Kalau dah besar, Ina nak kahwin dengan abang Iz. Abang Man jadi pengapit tau," 
Umurnya baru 14 tahun.  Izamir sibuk memanjat pokok tergelak mendengar. Amalina anak jirannya yang dulu. Teman sepermainan. Tapi entah macam mana mereka terikat dalam satu ikatan yang mereka sendiri tak rela. Bukan. Izamir sahaja tak rela.
xxxxx
"Abang Iz, Ina nak pergi cari kerja kat sana. Boleh duduk dekat dengan abangkan?" Ina bersuara manja.
"Abang bukan tak suka Ina datang. Tapi Ina nak duduk mana kat sini? Bahayalah. Kerja kat kampung kan banyak?" Izamir tak senang.
"Ala abang ni. Tak suka ke Ina datang? Rumah abangkan ada?" Amalina memuncungkan mulutnya. Walaupun dia tahu Izamir tak nampak pun.
"Ina, dengar cakap abang okey. Tak elok kita tinggal serumah. Kita pun bukan muhrim. Ina duduk je kampung okey,"
"Tapi bang..."
"Okeylah. Abang mengantuk. Esok kerja. Assalamualaikum," Pantas dia menekan butang merah. Rimas.
xxxxx
"Mak, masak apa hari ni?" Izamir memeluk bahu emaknya.
"Masak nasi goreng. Kejap lagi kakak ipar kamu nak jemput. Katanya nak bawak jalan,"
"Baguslah mak. Untung ada menantukan? Iz pun busy sangat. Tak sempat teman mak pun," 
"Ala mak tak harap apapun. Janji Iz bahagia. Ilman bahagia. Itu dah cukup. Barulah arwah ayah tak risau," Hasunah rindu.
"Mak, janganlah sedih depan rezeki. Jom teman Iz makan," Hasunah tersenyum.
"Macam tulah mak Iz,"
xxxxx
"Iz, kau pergi mana semalam? Sampai habis kerja pun tak nampak batang hidung," Iqbal tak sabar. Pelik sangat.
"Apa yang kau nak tahu? Aku keluar atas urusan kerja," Izamir duduk.
"Yalah, tapi kenapa lama sangat? Aku tunggu bagai nak rak,"
"Ada aku suruh tunggu?" Gelak.
"Kau ni kan. Macam nak potong line aku je? Jangan beb," Iqbal Hakimi tiba-tiba panas.
"Line apa pulak. Aku tak mengorat dia pun. Lainlah kalau bos tu memang hak kau. Takkan aku nak ganggu,"
"Kau tunggu. Dia akan jadi hak aku. Masa tu kau gigit jarilah." Izamir menggeleng.
"Iqbal, kau ada hati dengan bos ke?" Azlini senyum.
"Apasal kau senyum? Salah ke?" Iqbal bengang.
"Tak adalah. Tapi sebelum kau suka bos. Ni aku nak tanya, kerja yang bos mintak semalam ada tak?" Azlini menyakat.
"Adalah. Siapnya belum," Izamir tahan tawa. Azlini sengih.
"Pergi buat kerja Iqbal oi. Tentang aku, kau jangan risau. Takkan nak potong line punya," Izamir bercakap tanpa memandang mereka.
"Lagipun, aku nak campak mana tunang aku?" Tiba-tiba semua senyap. Izamir hairan.
"Iqbal, Lini korang kenaa..." Terhenti di situ. Bos memberikan pandangan tajam kemudian masuk ke kamarnya.
Iqbal tergelak. Azlini hanya geleng kepala.
"Tulah, main cakap je. Kan kantoi dengan bos. Aku tahulah kau ada tunang. Tapi tunang kau kan tunang tak rela?" Iqbal bersuara kembali. Izamir membisu. Kata-katanya seperti membunuh diri sendiri semula. Perit untuk ditelan.
xxxxx
"Tunang?" Nurin tak tentu arah.
"Aku salah dengar ke apa?"
"Argggh kenapa dia dah berpunya?"
"Kenapa aku tak tahu?"
"Aku bertepuk sebelah tangan rupanya,"
"Pandai dia menyembunyikan rasa. Aku kecewa," Nurin bercakap sendiri.
Kecewa sungguh dia mendengar kata-kata yang keluar dari mulut lelaki yang berjaya mencuri hatinya. Entah kenapa. Sejak kejadian tu hati Nurin terpaut. Sesuatu yang membuatkan Nurin ingin terus dekat dengan lelaki bernama Izamir. Peristiwa itu selalu bermain di mindanya. Ketika itulah dia rasakan sesuatu. Sesuatu yang bernama cinta.
Ps: Aku berhenti setakat nilah. Nak fikir sambungan Aku, Dia dan paparazzi. Hehe cerita ni akan sambung bila aku rasa nak sambung. Tetiba jadi panjang pulak. Aiyo.

4 comments:

Sunah Mohammad said...

wakkkkkkkkkkkkkkkkkk~ benti kejap pulaks ek~ okeh okeh...takpe, nanti tunggu dapat ilham dari cite lain pulak ye... best2~ :)

fRaMe+LenSeS said...

waaahhhhh.. ai like la.. T.T sian kat boss dia. Izamira tamo udah la. Nadh nak.. agagagagag.. :)

Sunah Mohammad said...

ahahahha~ ape ni nadh!!! memalukan bos ajeee!

putERi-kAtEk said...

nak lagiiiiiiiiiiiiiii...hahahahahaha nak lagi nak lagiiiiiiiiiii

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers