ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Telefonnya berbunyi. Izamir memandang skrin iPhone 4 miliknya. 'Emak!' Getus hatinya.
"Iz, balik sekarang," Suara mak cepat. Izamir tak keruan.
"Kenapa mak?" Dia tak boleh sewenangnya keluar pejabat. Baru tadi dia keluar menguruskan hal kerja. Takkan nak balik pula.
"Ni keluarga Pak Long datang. Katanya nak berbincang. Mak tak tahu nak cakap apa. Ni semua masa depan Izamir," Hasunah gusar. Keluarga abangnya seolah tak memberi peluang untuk berkata.
"Pasal Ina ke mak?" Izamir mengagak.
"Aah dia nak cepatkan tarikh," Izamir meraup wajahnya. Cepatkan? Maknanya dia tak berpeluang membantu Nurin.
"Mak, mak sabar. Iz akan balik dan selesaikan elok-elok. Mak tak marahkan kalau Iz tolak cadangan tu?" Izamir risau. Itu keluarga belah emaknya. Takut keputusan yang diambil akan menjejaskan hubungan keluarga. Sudahlah keluarga sebelah ayah sudah lama membuang mereka.
"Iz, mak sayang Iz. Kalau Iz bahagia, hati mak pun bahagia sekali. Baliklah nak. Selesaikan baik-baik," Hasunah sebak. Dia tersepit antara abangnya dan anak.
xxxxx
Nurin baru sampai pejabat pagi itu. Enjin kereta dimatikan. Dia menguruskan hal peribadi di butik kawannya. Bukan sengaja dia lambat. Solihin abang kepada kawannya, Miasara. Dia ingin masuk ke butik kerana ada barang tertinggal. Miasara pula tak dapat ke butik kerana ada urusan di Terenngganu. Nak tak nak terpaksa Nurin memberikan kunci kepada lelaki itu. Solihin. Sedap nama tu.
'Nasiblah kau Solihin, mujur aku ada dekat sini. Kalau tak kau tunggu jelah depan butik sampai esok.' Nurin tersenyum mengingatkan pertemuan dengan abang Miasara.
"Ah aku dah lewat, berangan pulak," Nurin berkata sendiri. Senyuman tak lekang di bibirnya. Matanya terpandangkan Izamir. Dia pelik lelaki itu masih di kaki lima sedangkan sekarang waktu bekerja. Dia memanggil namun tiada balasan. Terlalu khusyuk memikirkan sesuatu.
"Izamir, kenapa awak ada kat sini? Tak nak masuk office ke?" Nurin menegur. Izamir terperanjat.
"Oh bos, maaf bukan sengaja. Saya ada masalah. Bos masuklah dulu," Dia faham kondisi bos. Kalau boleh dia tak mahu mencari publisiti murahan. Cukuplah masalah yang ada.
"Ada apa? Kalau saya nak tahu boleh?" Nurin bertanya. Izamir diam seribu bahasa.
"Tak apalah kalau macam tu. Saya masuk dulu," Nurin berkira-kira mahu menolak pintu.
"Cik Nurin, boleh tak saya cuti hari ni?" Izamir bersuara tiba-tiba. Bos dipandang dengan riak mengharap.
"Em awak nak cuti untuk apa? Kalau tak ada sebab saya susah nak tolong," Nurin bergerak ke depan. Pintu ditolak.
"Kalau macam tu Cik Nurin jom ikut saya. Nanti awak akan tahu apa sebabnya," Nurin terpinga-pinga. Izamir sudahpun bergerak ke kereta. Nurin memandang kosong.
"Cepatlah bos," Izamir menutup pintu dan Nurin seolah dipukau. Dia masuk ke dalam kereta Izamir tanpa sepatah kata. Mereke menuju ke destinasi yang Nurin sendiri tak tahu di mana. Masing-masing senyap seribu bahasa.
xxxxx
Azlini pelik. Bosnya tak masuk pejabat. Begitu juga dengan Izamir. Hari ini dia mula memakai baju Fatin. Kalau dulu dia hanya memakai baju kurung. Sekarang dia memakai kebaya nyonya. Sungguh mengancam. Fatin memaksanya. Demi menawan hati Iqbal. Dia sanggup.
"Lini, saya tak masuk office sampai petang. Tolong kuncikan bilik saya. Dokumen penting banyak. Semalam saya lupa kunci," Nurin memberitahu. Tapi tak pula dia bercerita tentang Izamir. Biarlah Izamir sendiri yang menjelaskan esok.
"Tapi bos ke mana? Datuk Nadzri telefon tadi," Azlini pelik.
"Pasal papa saya biarlah saya yang uruskan," Talian dimatikan. Azlini hairan. Lalu dia mengangkat muka. Terkejut melihat Iqbal sudah menadah telinga di depanya.
"Kau nak apa?" Azlini pura-pura busy.
"Bos tak masuk eh?" Iqbal sengih. Sememangnya dia perasan perubahan Azlini. Masih bertudung tapi susuk tubuhnya kelihatan. Sungguh matanya tak lari dari memandang Azlini yang berubah penampilan.
"Apahal kau pandang macam tu?" Azlini tak selesa.
"Kau nampak lain hari ni. Salah ke aku nak pandang," Sengih lagi.
"Hah kau. Aku macam nilah. Sama je macam semalam, kelmarin dan waktu first kita kenal," Azlini malu. Dia tahu rancangan dia akan berjaya tapi pandangan Iqbal seperti tembus. Dia takut.
"Ah kau tak pandai coverlah Lini. Baju kau ni. Cantik. Pandai kau pilih," Iqbal senyum.
"Ah lama aku beli. Baru terfikir nak pakai," Tipu.
"Aku rasa kau cantik kalau macam ni. Selalulah pakai macam ni. Aku suka," Azlini berasa berdebar. Iqbal melayaninya seperti seorang wanita. Bukan seperti dulu. Dia diawangan.
"Lini, lini. Aku cakap dengan kau ni. Dengar tak?" Sentuhan lembut di bahunya. Azlini tersedar.
"Ah kau cakap apa Iq? Aku tak dengar," Azlini malu. Dia pura-pura mencari sesuatu dalam laptop. Tangan Iqbal menjalar berani ke tangannya. Terasa digenggam. Azlini terkejut. Matanya memandang Iqbal. Namun, hanya kenyitan mata diberikan dan Iqbal berlalu ke tempat duduknya. Azlini seperti mahu melonjak gembira. Hatinya berbunga-bunga. Tak sabar mahu khabarkan berita ini kepada Fatin. Azlini tersenyum sendiri. Tanpa sedar Iqbal Hakimi tak lepas memandangnya dari kejauhan. Inikah dinamakan cinta?
Ps: Kawan-kawan inikah cinta? Aku tak tahu. Koranglah jawab. Er pelakon pembantu lain ada? Miasara tu aku main hentam je. Sesiapa yang nak jadi pelakon silalah daftar di kaunter pendaftaran.
"Ah lama aku beli. Baru terfikir nak pakai," Tipu.
"Aku rasa kau cantik kalau macam ni. Selalulah pakai macam ni. Aku suka," Azlini berasa berdebar. Iqbal melayaninya seperti seorang wanita. Bukan seperti dulu. Dia diawangan.
"Lini, lini. Aku cakap dengan kau ni. Dengar tak?" Sentuhan lembut di bahunya. Azlini tersedar.
"Ah kau cakap apa Iq? Aku tak dengar," Azlini malu. Dia pura-pura mencari sesuatu dalam laptop. Tangan Iqbal menjalar berani ke tangannya. Terasa digenggam. Azlini terkejut. Matanya memandang Iqbal. Namun, hanya kenyitan mata diberikan dan Iqbal berlalu ke tempat duduknya. Azlini seperti mahu melonjak gembira. Hatinya berbunga-bunga. Tak sabar mahu khabarkan berita ini kepada Fatin. Azlini tersenyum sendiri. Tanpa sedar Iqbal Hakimi tak lepas memandangnya dari kejauhan. Inikah dinamakan cinta?
Ps: Kawan-kawan inikah cinta? Aku tak tahu. Koranglah jawab. Er pelakon pembantu lain ada? Miasara tu aku main hentam je. Sesiapa yang nak jadi pelakon silalah daftar di kaunter pendaftaran.
6 comments:
wat novel ke..?
HAHAHAHAHA..
huhh.. padan muka iqbal...
gelak jahat...
wohooo... iz nak kenalkan nurin la..
next please.. lalala~ :p
wah3.. Iq gatai.. ahahah
waaaa.... pandai wat story.. abis semua nama dia guna.. bagus2... nice story.. tapi oppsss gatal na iq tue..
hahahhhaa tukar baju terus terpikat..hahahahaha adesss... cik pulau malu2 kucing pulak...hahahaha
awk silap taip nama sy lah.. awk tulis, solihUn.. hehehe.. mcm bihun plak.. ;-p
Post a Comment