CORETAN TERBARU NADH

Kepuasan tak ternilai

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku lagi. Entry dan entry sampai otak aku tak mampu berfikir dan jari jemari tak kuasa menaip. Saat tu entry akan terhenti. Aku nak berbicara pasal kepuasan. Bila cakap pasal puas ramai fikir lain. Tak apa hak korang.

Tapi yang aku nak kongsikan ialah kepuasan apabila kita dapat sesuatu yang kita ingini. Tapi bukan dengan cara mudah. Contoh, aku puas dapat lesen kereta. Bersusah payah nak dapat. Kepuasan tu tak ada siapa boleh tandingi.

Sebab apa? Hanya kita yang rasa. Kalau kita nak semua dapat dengan mudah. Macam mana nak rasa kepuasan yang tak ternilai? Aku bagi contoh.

"Ibu nak Iphone 5" Aku berkata.
"Amboi, ibu tua macam ni baru pakai handset canggih. Jangan mengadalah," 
"Alah tak apalah I beli sendiri," Aku merajuk.
"Tak boleh. Membazir. Awak tu student. Bukan dah kerja. Nak mewah buat apa?"

Hah kan dah kena sebiji kat muka. Dengan muka sedih aku mengiyakan. Tapi cuba kalau aku dapat. Free. Agak-agak korang aku akan tukar handset ke akan datang? Yes, why not. Kepuasan tak pernah cukup. Lagi-lagi ikut nafsu kan? Simpan handset ibu bagi untuk sim kad kedua. Apa susah. Tapi sampai bila aku nak memuaskan nafsu semata?

Penatlah asyik turutkan nafsu je. Kepuasan yang aku nak takkan dapat dipenuh. Melainkan aku bekerja keras untuk mendapatkannya. Contoh, aku kerja part time. Berpanas, berpeluh. Lepas tu beli yang aku nak. Agak korang aku hargai tak titik peluh usaha aku sendiri? Yup, kadang bila dah ada duit macam tu tak sanggup nak belanja. Sayang hasil usaha kita tu.

Jadi kepuasan yang tak ternilai hanya akan dapat bila korang berusaha sangat gigih. Macam berblogging. Kalau senang nak naik. Ramailah berhenti berblogging secara ikhlas. Sebab mudah sangat nak berjaya=) Selamat berblogging.

5 comments:

cik pulau said...

yup..usaha lah dengan gigih..
cik pulau tak mampu la nak tukar henpon baru...
anggur kat blakang umah tak subur lagi.
hahahha

HaNa Hani said...

haha.kepuasan la kalo keje susah payah then beli brg yg kite nak sgt
tp kdg2 syg plak nak spend duet tuh semua
^_^

nurul_atiqah said...

ohho saya pon same. nak jugak beli fon baru.
tapi belum mampu lagik. kerja2. :)
hehehe

kokser kokdam said...

e eh.. da ade iphone 5 ke..

nk carik.. nk carik..

hehehehe

JIJI YU said...

bile ko dah keje..banyak benda lagi ko akan pikir..ehehe..nset tu tolak tepi je du lu

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers