ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kalau korang selalu dengar ayat drama yang berbunyi:
"Kau ni memang tak ada perasaan!"
"Kau memang manusia yang jahat. Manusia jenis apa kau ni? Perasaan belas takkan tak ada langsung?!"
Dahlah buat drama. Saja nak bukak mata korang. Banyak dah ayat klise tapi kita tak sedar yang perasaan tu memang sudah lama ada bersama kita. Antara sedar ke tak.
Perasaan ni melengkapkan manusia macam kita. Cuba kalau kita ni memang tak ada perasaan. Apa jadi?
Tak kahwin sebab tak ada perasaan mahu berkahwin.
Tak campur sesiapa. Sebab tak ada perasaan nak bergaul dengan orang ramai.
Kena maki pun kita tahan sebab memang dah tak ada perasaan kan?
Tapi ada ke manusia yang memang tak ada perasaan? Mestilah tak kan? Korang ingat orang senyap tu tanda dia terima je apa yang korang kata? Tak. Siapa kata dia tak ada perasaan memang pelik. Sebab begitu indah Allah hadirkan perasaan melengkapkan diri kita.
Kita ada akal, nafsu dan perasaan. Perasaan banyak memainkan peranan. Sekali perasaan kita terhiris disebabkan kata-kata entah bila dapat menyembuhkan. Jadi jaga perasaan anda dulu. Jangan asyik kata orang tak ada perasaan sebab dalam hati dia kau tahu? Tak kan?
Perasaan bukan untuk yang indah semata. Perasaan bukan bahagia sentiasa. Ada suka ada duka. Semua ni gabung menjadi kehidupan yang harmoni. Tapi ada juga yang asyik memendam perasaan. Susah jugak tu.
Untuk itu, aku secara umumnya meminta maaf dengan semua yang membaca, yang bergelar sahabat, teman tapi mesra, kawan, musuh. Sesungguhnya aku tak perasaan yang aku dah mengguris perasaan kalian=)
7 comments:
setuju ;)
hurm..perasaan ni cam keyboard piano..yang hitam tu perasaan tak bahgia..yang putih tu perasaan bahagia..
kalo nak melengkapkan sebuah melodi..key 'hitam' dan key 'putih' saling memerlukan..ko paham ke tak ni
aku xde perasaan..perasaan aku sentiasa beku
teori mengatakan emosi-80% mempengaruhi kejayaan seseorang. Ia sgt berpengaruh dlm diri seseorang..
lagi susah nak jaga perasaan orang lain!
kita cuma manusia biasa yang tak mampu nak puaskan hati semua orang..^^,
bila i baca komen jiji... wah, pandainya dia bermadah... hahahahha~ i berperasaan je baca semua entri u... takpe kalo u tak perasan u mengguriskan perasaan i... (u buat i nak menangis selalu baca cerpen2...)
Post a Comment