CORETAN TERBARU NADH

Adat bergurau

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Macam-macam jenis gurauan yang ada dalam dunia ni. Tapi korang sedar tak sedar banyak gurauan dah digunakan oleh orang yang mampu menyakitkan hati orang lain.

Ni parah ni. Orang gurau jugak. Tapi dia lebih sudu dari kuah. Misal gurauan "Baik punyer" kat Raja Lawak. Bagi kita lawak. Belum tanya empunya tagline lagi. Kalau betul Dafi terasa. Gurauan tu kira gurauan yang menyakitkan hati orang.

Jangan suka sangat bergurau. Bergurau memang ada batasnya. Jangan sebab keterlanjuran gurauan kita orang naik benci. Naik menyampah. Aku bagi contoh. Dulu mulut aku memang laser. Sesiapa nak kena penangan silakan. Tapi aku tak suka melaser dah. Aku berborak dengan dia macam biasa.

"Oit kau asal mana hah?" Aku tanya lagak gengster.
"Aku asal perak. Slim River," Dia balas malu-malu.
"Kenapa orangnya tak slim pun," Aku cakap tanpa rasa bersalah.

Sekarang aku dah rasa berdosa dengan dia. Serius tak tahu nak mintak maaf macam mana. Korang nak ke jadi macam aku? Kalau orang tu jenis berdendam 7 keturunan macam mana? Tak aman kau kat kubur. Penatlah cakap pasal kata-kata ni.

Banyak entry dah aku bebel hal sama. Rasa geram. Ada jugak yang suka menggunakan kata tanpa batasan. Kau ingat kau boleh cari aku ke weh bila kau dah ke kubur nanti? Nak minta maaf? Sedar ke yang aku dah sakit hati? Tak kan? Jadi jaga adab bila bergurau. Bila berkata-kata. Aku cepat marah redanya tak tahu bila. Sekian.

4 comments:

Unknown said...

ahah agak2 r nak gurau ponn..eh ko tak de lak bloglist..eceyt..ahahaha..war2kan pada orang kampong aku nak wat bloglist ni weyh..

Anonymous said...

ye ye gurau pun ada had nye..mulut jgn cabul :)

Cik Asma BLuppy said...

yes2... bergurau boleh tapi jgn memlebihi batas=)

Sunah Sakura said...

sama macam nadh cakap ri tu.. kene hati2 dalam kata2.. kan?

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers