CORETAN TERBARU NADH

Jalan-jalan cari Coconut Shake

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tajuk je dah tak lari jauh apa yang aku nak kongsikan. Hehe sangat busy. Petang tadi kami berlima telah menyerbu kedai yang mejual Coconut shake yang dikatakan laris. Memang popularlah tempat tu. Area klebang, Melaka.

Ramai budak melaka dah tahu. Tapi nak cerita jugak. Memang ramai. Kitorang tak ada tempat duduk memula tu. Akhirnya ada couple cina berpindah tempat sebab diorang berdua kami ramai. Wajarlah tempat yang besar untuk yang ramai. Jangan marah eh amoi. 1 Malaysia ma.

Bertahun jugak kitorang tunggu air siap. Punyalah ramai korang tahu. Kitorang ambil nasi lemak bungkus, karipap, kek coklat kecil yang sangat sedap! Habis makan pun air tak sampai. Panas dah. Jenguk depan punyalah ramai beratur sebab nak bungkus.

Sistem dia bungkus beratur luar. Yang nak minum sana duduk kat meja. Atleast duduk tak penat dan panas sangat. Memang bestlah coconut shake ITU. Dari 5 aku bagi 4 bintang. Haha okeylah kan. Memang harga pun berpatutan. Ada aiskrim kat atas 2.20, tak ada aiskrim 1.80. Puas!

Tapi disebabkan nak tapau untuk orang. Kenalah beratur. Sangat panjang. 30minit tunggu. Ala aku ada kata aku tengah beratur beli minuman kan tadi? Tulah dia. Memang lama. Penat. Peluh jantan keluar dah. Busuk! Tapi orang dah order. Kan ada remaja lelaki tak normal belakang kitorang. Aku asyik perhati jelah. Tetiba datang mamat cina cuba untuk memotong kitorang.

Masalahnya tolak-tolak aku pulak. Dahlah borak telefon lama dan kuat. Sabar jelah. Tapi aku tak bagi dia potong. Akhirnya dia memotong remaja lelaki yang istimewa tu juga keturunan cina. Kesian orang beratur lama-lama. Kita yang sihat pun dah mengeluh. Siap memotong lagi. Tak ada sivik punya orang.

Tengah nak bayar, boleh pulak makcik tu kira lelaki yang memotong barisan tu dulu. Menyirap weh!

Post by,
Miss Ran 

1 comment:

Miss Meen said...

kejam nyaa merekaa..
kita penat beratur nak p0t0ng..
tak cakup akal t0l
mcm budak sek0lah !!

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers