CORETAN TERBARU NADH

Cinta kau dan aku takkan mungkin bersatu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Saja nak bagi tajuk panjang. Siapa biasa dengar lagu Alyah? Haha lagu fav tu. Memang sengaja ambil lagu tu. Lagu tu bunyi macam pasrah. Sesuai untuk orang putus cinta. Macam aku? Tettt. Bukan putus cinta. Tapi? Abaikan.

Aku tahu ada yang sedang berpatah arang. Aku tahu ada. Jangan angguk. Bukan aku nampak pun. Cuma aku nak bagi nasihat sikit. Memanglah yang sedihnya kau. Yang kecewanya kau. Tapi yang memandang? Yang mendengar? Yang ada sekeliling tu siapa? Kami ni yang tengok penat.

Yang kecewa mestilah lagi penat. Sebab tulah cinta biarlah berpada-pada. Bak kata anak murid aku tu, jangan terlalu taksub dengan cinta manusia. Buat apa nak kejar cinta manusia kalau cinta dengan Tuhan yang menciptakan kita pun tak terkejar?

Aku tengah mengejar. Walaupun perlahan. Aku ada usaha mengejar. Ini dahlah mengejar cinta manusia. Lupakan Tuhan ni. Tinggalkan Tuhan tepi. Bila dah susah baru nak cari. Selalu sangat mengejar benda yang sukar digapai.

Tapi cinta sesama manusia pun perlu bukan aku kata tak. Cuma berpada-padalah. Jika cinta itu ingin pergi, redailah pemergiaannya. Yang terseksa dan merana kita jugak. Kalau nak paksa pun sakit kita yang rasa. Jadi berpeganglah prinsip kalau kita cintakan dia tak bermakna kita kena miliki dia. Sebab kita semua milik yang Esa.

Ps: Adakah dia juga suka berbicara tentang cinta sama seperti aku.

11 comments:

aimie amalina said...

bercintalah seada nyaaa~


p/s: ya! dia sedang memmbicarakan cinta seperti kak ngah pepagi bute ni..kikiki =p

Cik Asma BLuppy said...

cinta kepada ALLAH.. cinta abadi=)

H.J said...

cinta is annoying...

JIJI YU said...

biar cinta manusia mengajar kita mendekati cinta illahi..mungkin itu boleh dikatakan cinta sejati

sergeant keroro said...

hehe, ada backlink di situ :P

p/s : autopost la ni XD

maszull said...

salam iffah...cinta yang abadi cinta
pada Allah tapi cinta pada manusia perlu juga ...

cinta pada manusia kena dicari tapi kalau x memilikinya harus redha akan ketentuan Allah...

tapi jodoh utk seseorang itu tetap ada sbb jodoh kita telah ditetapkn olehNya....

sifu im said...

cintakan manusia kerana allah xpe

mr_mrs mikko said...

waaaa, bermadah berhelah nampak.
hihihi...

-Mr & Mrs Mikko-

Mr.Thinker@Ali said...

cinta itu abstrak. suka dan duka. pasti dan tidak. suci dan kotor. kita yg mencorakkannya. cinta asli hanya ada pada yg hakiki. :)

cik pulau said...

Errr...
masing-masing ada kisahnya..
yang penting..
cintailah sekadarnya...^^,

Suhaili Sarif said...

cinta yg satu cinta hakiki .

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers