CORETAN TERBARU NADH

Sahur yang dasyat

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Pukul 10.36 tadi habis majlis ibu aku tu. Kami lega. Masuk pejabat buat air seketul dua. Datang ayah aku request air lah pulak. Ibu tak bagi buat air. Suruh balik. Minum kat rumah. Ayah pun kecewa. OTW balik ayah singgah kedai.

Ingat minum-minum. Sekali seorang sepinggan. Antara menunya ialah kue tiaw ladna, mee hailam, mihun sup dan dua lamb chop. Erk siapa yang western sangat tu? Aku dengan ayah. Jiwa kami sama bab ni. Haha makan punya makan.

Kenyang! Tak muat lagi. Sebab sebelum tu kan dah minum air secawan. Mahu tak kenyang. Dah tu ibu jatuhkan hukuman mandatori. Sila habiskan! Kalau tak tak boleh makan kat luar lagi. Aku muka terpaksa seperti makan BAWAL saiz besar hari tu.

Makan tu teringat kat rakyat somalia. Sob sob. Kita ni kira untung. Aku pun tengah pokai boleh makan ikan bawal besar gila tu. Ini orang sana? Air pun tak ada. Hurmm sama-samalah kita bantu. Doakan kalau tak mampu. Semoga mereka terus hidup berjuang demi kehidupan mendatang=)

Ps: Dia menghilang lagi. Risau kembali.

11 comments:

aimie amalina said...

ayoooooo
mang sahur sungguh nih..hehehe
usap2 perot la ye kak ngah!



p/s:nnti ade la die tu...heheh..jgn iso ye..

saya cello191 said...

eh,dah sahur ke...?

Lea IsNaw! said...

boleh pose sampai 2 hari tu
xbuka2
hehehe

sjiehan said...

sykur alhamdulillah... ade lagi rezeki kita kan.. beruntung....!

Luqeem™ said...

sahur awal..hee

nk mkn tu, kta kena la amik scra besederhana, wlupun tak kenyang tp ckup utk isi prut..:)

asamasin said...

sahur mmg sahur.. :D

maszull said...

salam...wah mkn western food lah aimie...

mesti pagi nanti x boleh makan lg utk bersahur...

cik pulau said...

hambekkkkk..
kan dah kena hukuman mandatori..

msredcheesecake said...

raakan....habikan makan tu...membazir ak bagus...

cikcloudy said...

salam singgah sahur :) , kalu ada gamba musti terliur tgk

sergeant keroro said...

untunglah makan best~~

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers