CORETAN TERBARU NADH

Jom merendah diri

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku nak berceramah sikit. Wah macam ustazah pulak. Oh tak layak. Yang ustazah yang ni hah. Dia ustazah di hati aku.

“Tidak akan berkurang harta yang dishadaqahkan dan Allah tidak akan menambah bagi seorang hamba yang pemaaf melainkan kemuliaan dan tidaklah seseorang merendahkan diri karena Allah melainkan akan Allah angkat derajatnya.” (Shahih, HR. Muslim no. 556 dari shahabat Abu Hurairah )

Apa ni kawan-kawan? Ingat aku tak layak ke nak ceramah. Ehem tunggu ceramah Jiji sampai ke tua aku tak dapat dengar. Baik aku yang ceramah kat korang. Selalu sangat kita dengar isu ni kan. Tapi berapa kerat je mengamalkan konsep merendah diri seperti yang disarankan oleh agama Islam.

Selalu sangat nampak orang tak suka rendah diri. Sebab dia rasa dia sempurna untuk diri dia. Dia kata dia suka jadi diri dia. Buat apa nak kata diri lemah. Tu orang yakin pada diri. Kita perlu yakin pada diri tapi kadangkala merendah diri lebih baik. Orang mana suka yang berlagak diva ni semua.


Lagi orang menyampah adalah. Kadang kita jangan nak tunjuk sangat kita sempurna sebab belum tentu semua orang suka kita. Apa yang penting merendah diri. Kalau orang puji jangan nak berlagak pulak. Selalu lupa diri. Padahal baru sekali kena puji.


Kesimpulan, jadilah seperti padi. Makin berisi makin tunduk ke bumi. Sebab kelebihan kita ni pun pinjaman semata-mata. Bila empunya suruh pulang, nak tak nak kena pulang, Itulah adat meminjam kan? Apapun jom merendah diri. Makin dipuji makin menunduk ke bumi. 


Tapi jangan ada yang terlalu merendah diri. Nanti orang menyampah pulak. Kalau dah benda betul. Kita tak payah sangkal dan ucapkan terima kasih atas pujian. Oh ya ada orang tegur kat blog tulis skema. Kat komen perosak bahasa=P. Jawapan aku kotak komen kecik. Tak muat taip ejaan penuh. Aci tak?


Ps: Dia kata aku comel. Nampak sangat menipunya=P 

15 comments:

saya cello191 said...

ustazah pilihan..^^

ya..jgnlah nk meninggi diri sgt..
nanti Tuhan tarik,baru taw..

Luqeem™ said...

betul2..sy ni pun suka berlagak tp mrendah diri..tengah2 jgak la..

sifat ego tak boleh hilang..huhu

momoe love said...

tapi kan, kalau orang puji kita, kita nak buat apa ea?? hehehe..

maszull said...

salam iffah...merendah diri ini lebih baik dr yg cuba berlagak...

berlagak bagus tapi x bagus buat apa....buat org menyampah nak tengok je...:)

padlie said...

Tak guna pun nak meninggi diri.. Sebab kalau jatuh ke bawah juga..
Ada baiknya jika kita tinggi kerana orang yang angkat.. Orang lain kan cermin untuk diri kita.. Orang kata kita bagus, maka bagus la tu.. kalau x, perbaiki la diri..

nashina rika said...

singgah & follow cini :))

http://hellonashina.blogspot.com/

SITI NOORNADIYANA said...

merendah diri bila dipuji. bila org puji, jawab, "terima kasih. anda pon apa kurangnya." XD

sergeant keroro said...

merendah diri adalah terbaik! :)

FaKArePa!n said...

jangan terlebih merendah diri sudah.. nanti orang pijak..

Qaseh dalia adelia said...

kalau rendah diri orang pun suka je kawan ngan kita tapi jgn terlampau rendah diri hingga kepala kita di pijak2

aimie amalina said...

weeee
baik kak ngoh!
opah nak merendh diriiii jek..kikiki

Addin said...

tak da orang pun yang sempurna kat dunia ni . huhu

merendah diri adalah yang terbaik wok :D

aiman said...

kita langsung tak layak nak berlagak..

Mr.Thinker@Ali said...

terima kasih sbb puji saya.

err, boleh dikira merendah diri tak tu? :)

mmg nipu. maaf. -,-

Sunah Sakura said...

comel pada dia, pada part tertentu... ops... ok ok..

tawadhuk itu perlu, tapi ucap la syukur dan terima kasih sebab pujian itu selayaknya untuk Dia... :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers