ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tiba-tiba aku teringatkan kata-kata pensyarah aku petang semalam. Aku mendengar kata-kata sebegini. Khalifah ke-2 Islam, Saidina Umar Al-Khatab telah berkata :" Sesungguhnya anak-anak kamu itu dijadikan untuk generasi yang lain dari generasi kamu sekarang ini dan mereka dijadikan untuk menghadapi zaman yang berbeza dari zaman kamu ini"
Petikan dari Risalah
Masjid Al-Hakim Mukim Taman Tanjung Chat, Siri 02/2011.
Tetiba aku rasa entry aku berilmiah pulak. Bukan apa. Aku nak kongsi pendapat aku pasal kata-kata Umar ni. Sebagai bakal pendidik, aku sangat setuju dengan kata-kata ini. Kalau kita selalu dapat lihat betapa berbezanya cikgu dulu dan sekarang.
Tapi kenapa? Kenapa nak bandingkan cikgu dulu dengan sekarang? Kenapa tak bandingkan ibu bapa dulu dengan sekarang? Dulu mak ayah biarkan anak dia kat asrama. Hantar pun tak. Kirimkan kat orang je. Percaya dengan cikgu yang mendidik.
Sekarang? Si isteri hantar anak pergi balik sekolah. Si suami sibuk kaji selidik sekolah, latar belakang. Cikgu yang ajar kelulusan apa. Cikgu ni layak ke ajar anak dia. Berapa ramai saingan anak dia di sekolah itu. Masalah disiplin.
Semua dia buat kajian. Risau dan nak anak dia dapat yang terbaik. Masalahnya sama je. Mak ayah zaman dulu pun nak yang terbaik untuk anak dia. Cara mereka berbeza? Sebabnya zaman berubah. Bila zaman berubah, maka kita haruslah seiring dengan perubahan itu.
Sebab tu kita kena didik ikut situasi. Kalau anak murid suka bermain. Kita belajar sambil bermain. Tak susah sekiranya cikgu itu kreatif. Yang penting sabar itu perlu. Aku pun masih belajar menjadi pendidik. Aku juga sedang asah kreativiti untuk menyesuaikannya dengan murid zaman kini.
Ps: Dia masih degil. Aku kena guna pendekatan lain untuk lembutkan hatinya=P
14 comments:
semua ibu bapa nak kan yg terbaik utk anak tapi tak perlulah sampai tak percayakan cikgu kan?
info bergune..nice n-3.. :D
perubahan tetap perubahan, asalkan kepada kebaikan, bukan keburukan.
BETUL TU JIRAN. ;)Creative.. ;)
awk! pandai menulis..sye suka bc setiap entri awk.... keep it up ea... :P
yes, kena kreatif.
p/s : nape la dia tu degil sangat? :P
anak murid degil,cikgu pun xleh degil
hehe...
yup kite kreatif..akk x larat nk main2 dgn dorg.dorg lasak sgt.hehe
pandai awak menulis..saya suka n3 awak
yang kat P/S tu lebih menarik perhatian i...
hehe..kene kreatif.. main dgn kanak-kanak.. cikgu pun kena kekanakkan sikit..
kalau cikgu benar2 ikhlas nk mendidik, mcm2 cara dia akan buat demi nk memupuk minat belajar kt murid2..
tp kalo jenis yg smata2 nk duit, mmg pkai ikut lantak je..
cikgu sekarang dengan cikgu masa depan pulak camne???
hehehhe
aiyakkk
anak murid degil..
cikgu mesti lagi dabel degil..kiki =p
Waaaa.kretip.
Post a Comment