CORETAN TERBARU NADH

Sambungan isu tak puasa

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Penat aku cari. Tak jumpa pulak. Jadi korang layankan jelah link yang aku bagi kat bawah ni.

Klik sini untuk hukuman bagi orang yang membuka puasa dengan sengaja tanpa sebab yang kukuh.

Klik sini untuk info tentang puasa.

Yang aku baca tu, orang yang berpuasa di bulan biasa takkan dapat keistimewaan seperti di bulan Ramadan. Jadi marilah berebut pahala yang berlipat kali ganda.

Aku sedih. Nipisnya iman hanya dengan godaan air terus nak berbuka. Senangnya nak berbuka eh? Kalau sakit boleh diterima. Kalau sebab tak larat? Ini bukan kisah kanak-kanak yang umur 7 tahun. Ini orang yang boleh jadi mak dah kalau kahwin.

Aku tahu ramai yang menantikan hadis tu. Maaf aku tak jumpa. Tapi yang link atas tadi aku rasa dah memadai. Ingatlah puasa di bulan ramadhan sebulan setahun. Mungkin ini ramadhan terakhir kita? Macam Sakinah dalam TV 3. Mana kita tahu kan?

Aku bukan ustazah. Tak layak. Kalau aku salah betulkan. Tu je pandangan aku. Serius aku rasa geram. Alasan berbuka puasa awal sesetengah orang ialah tak tahan sebab rasa nak pengsan. Tak tahan sebab dahaga. Tak tahan tengok orang yang tak puasa makan depan dia.

Kita kena tunjuk contoh yang baik kat orang bukan Islam. Nak tunjuk Islam agama yang indah dan tak membebankan langsung. Ini tengok air pun terus berbuka? Macam mana nak tahan godaan nafsu yang lain? Korang fikirkanlah.

Ps: Dia macam polis pencen.

12 comments:

JIJI YU said...

alang2 nak wat dosa..nak berbuka sgt..pergi le malantak air cendol ke..ni air masak je.hapekelas

Faaein Talip Roy said...

dia macam polis pencen? siapa? Jiji Yu? hahaha..

itulah.. ada orang kadang ambil endah tak endah je pasal ni..

Luqeem™ said...

tapi ikut kepada keadaan, sekiranya dia xlarat n boleh pengsan dimana ia boleh memudaratkan dia, dia boleh buka puasa..klu dgn scara sngaja mmg diharamkan..

baca la yg ni..huu

islamgrid.gov.my/hadith/detailed.php?id=7&j=3

komuniti.iluvislam.com/topic/1471-boleh-ke-puasa-ganti-kalau-tak-larat/

twinkeenabilah said...

Yang mana tak puasa tu tak rasa nikmat Ramadhan. Tak takut Allah. Nauzubillah, jgn kita jd macam org2 yg rugi nie.

SITI NOORNADIYANA said...

anak sedare kite yg kecik pun tahan puase.

sahur makan roti je pulak tu.

Sunah Sakura said...

hurmm...tu lah..sepatutnya da besar ni lagi tahu mana yang betul, mana yang salah...

iMBobo said...

laaa dah besar2 pun xtahan puasa sbb tgk org makan dpn mata?ish3..

cik pulau said...

kalau tengok air pun boleh berbuka.. malu aihhh kat budak kecik..

sergeant keroro said...

boboi puasa penuh, lalala~ cikgu tak puasa penuh, HAHA

Nuur mutiara said...

tunggu hadis ni..hee takpela~ tp zaman nabi dulu boleh je kan pergi berperang time puasa..ni lagi kita yg takdela nk buat kerja berat sgt, dh besar pnjg ni tukar la cara berfikir tu..taktau nk tegur cmne klau jumpa orang macam ni =.=

merahitujambu said...

puasa ni bgus..leh rehat perutkan..heee
salam syawal

Mr.Thinker@Ali said...

adik sedara saya yg baru 5 tahun puasa penuh~

ponteng puasa sbb demam jaa.

malu~~

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers