CORETAN TERBARU NADH

Tamama Task

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tamama
Ehem beralih ke task 2. Macam biasa, nak join KLIK SINI sebab tak ada tarikh luput. Soalan Tamama aku suka. Wahaha mulalah nak merepek ni.

Kalau dulu masa tak matang aku nak lelaki yang tinggi, cerah, pakai spek, baju kemeja lengan panjang dilipat sampai lengan. Nampak best je. Itu dulu punya cerita. Dah-dah sambung task. Ciri-ciri lelaki idaman. Ehem* Ini adalah harapan je. Bukan nak demand. =P

1. Mestilah beriman. Bila sebut beriman mesti korang rasa dia alim macam pak ustaz. Bagi aku cukuplah dia tahu selok belok agama Islam. Tahu bezakan mana baik buruk. Tahu nak solat. Opkos nak jadi imam aku dan anak-anak kan. Insyaallah.

2. Sayang aku kerana Allah S.W.T. Sebab sayang ni banyak jenis. Kalau lelaki benar-benar sayangkan isterinya pasti dia boleh berubah ke arah kebaikan demi isterinya itu. Susah nak dapat aku tau.

3. Kondisi yang meyakinkan iaitu berjantina lelaki, naluri lelaki dan berminat pada perempuan. Huh bahaya ni.

4. Tak nak merokok. Ini memang paling aku pantang. Haha maaf aku memang tak nak anak aku hidu asap rokok bapak dia. Tahu tak merokok boleh memandulkan. Jadi sesiapa tak nak anak bolehlah rokok puas-puas. Kalau awak mati sorang tak apa. Ni angkut semua orang yang tak salah. *Emo kejap.

5. Pakej lengkap. Penyayang, rajin, baik, bertanggungjawab, pendengar setia, ambil berat, memahami, suka tolak ansur. Dan romantik. Wakaka=P Okey sila abaikan no lima. Ni ikut nafsu semata-mata.

Okey siap task dua. Panjang betul.

Ps: Dia mesti pening tengok entry aku yang ni=P

9 comments:

aamalinaazman said...

ish3.opah pon penin..ish3..
hehehe..byk no kriteria cucu menantu opah ni..nnti opah cri hokey!

Hafizin Jamil said...

berangan.

Anonymous said...

eh no 4 kite sama la hik

Luqeem™ said...

nanti mesti dia kata suka memilih ni..hee..

anyway, insyaAllah jmpa dgn yg baik..:)

aliza said...

no 4 tuw memang sumer orang tetapkan kriteria... kalu dah tersuka, kriteria tuw dilonggarkan .."awak janji awak berenti merokok bila kawen?" "janji ayang".... haa g2 kan kan kan.. kalu dah sayang rokok pun bau strawberi coklat.. isshh st nurhaliza ker?

Anonymous said...

takpe pon emo untuk bab merokok tuh. ahaha! :D

Kalamhati said...

nnt akak tolong carikan..=D!

hmm btul tu agama no 1..

Cik Pulau said...

waahhhhhhh....

Sunah Sakura said...

ermmmm...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers