CORETAN TERBARU NADH

Rentetan entry: Benarkah? 2

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Rentetan dari sini. Disebabkan ada macam-macam feed back aku dapat dari korang. Aku jadi stuck idea. Sebabnya macam-macam point yang aku nampak. Baguslah korang menggunakan ruangan komen tu sebaiknya. Persoalan pasal kahwin cerai memang korang suka kan? Entry seo ke apa ni? Aku tak parah lagi ye Ji.

Okey, tarik nafas dalam-dalam. Tengok komen satu-satu. Sebenarnya kahwin ni bukan perkara mudah. Bukan semudah buat air teh. Rendam teh taruk gula. Kahwin tu kan penyatuan dua hati, dua jasad, dua akal dalam satu bumbung yang sama.

Bila dah berbeza ketiga-tiganya bergabung seperti air teh. Saja nak ulang air tu. Bulan puasa ni kan. Ehem. Kalau air teh pun kita buat tak kena caranya tak sedap jugak. Macam tu jugak dua manusia berbeza ni. Persoalan kahwin cerai ni sebenarnya berkait dengan jodoh dan orang itu sendiri.

Soal hati tak boleh bohong. Sebab tu bila hati kita terima penyatuan dua jiwa aka kahwin. Automatik kau akan dapat terima segala kelemahan yang sebelum ini terlindung. Siapa kata senang cerai? Susah okey. Semuanya bergantung pada diri kita. Kalau kita kata kita tak bahagia tak bahagialah kita. Ingat, you're what you think.

Selalu kes kahwin awal dan cerai awal berlaku di kalangan orang muda. Yup kata kahwin awal. Umur belasan maybe. Tak semua. Okey aku tekankan lagi sekali. Tak semua! Tapi bak kata HJ orang muda darah pun muda. Selalu darah muda cepat marah. Yang jadi mangsa perempuan. Hah tau tak apa. Tapi ada je perempuan yang bekeng jugak.

Persoalan kahwin cepat cerai cepat memang tujukan untuk hal ni. Kalau kita kaji balik punca penceraian yang utama ialah tiada persefahaman. Banyak weh. Boleh rujuk kat sini. Kalau masing-masing turutkan hati tapi tak berlandaskan agama pu susah jugak. Semua elemen kebahagiaan rumah tangga harus dijaga.

Ini tak. Malas masak, malas kemas rumah, malas berhias untuk suami, malas mandi. Erk terasa. Jadi bila semuanya malas. Orang lelaki khususnya malas nak balik rumah. Balik pun jiwa kosong. Kena membebel duit api air tak bayar lagi. Yuran anaklah apalah. Mereka stress bila ada kat rumah.

Jawapan? Keluar mencari kebahagiaan di luar. Bila dah jadi macam tu mulalah kes curang dan cemburu. Sebab ikutkan darah muda yang membaralah dia melafazkan talak dengan mudah. Senang sungguh kan? Jadi tak kiralah kahwin cepat ke tak. Janganlah sewenangnya nak cerai. Kahwin dulu punyalah susah nak cari duit, nak cari calon, wali, saksi. Tetiba sesenang je nak cerai kan? Korang rasa?

Ps: Dia dah ada calon ke nak kahwin awal?

16 comments:

K said...

wah wah~ terbaik! :)

Hafizin Jamil said...

malas mandi..betul tu..

mesti ko pom tak pandai buat air teh kan??haha

Elly Jade said...

baru dpt komen
net skola semput tadi
haaa~~~


xkisah nak khwn muda ke tua asalkan masing2 bijak nak handle alam ruma tangga
ada juga yg khwn lmbt pn x pndai handle problem.heehe

p/s: dia kali akak tau sbb mcm bce komen dia td,hehe

aiman said...

hee.. betul.. terbaik.~

Asfz said...

panjang ulasannya XD

Luqeem™ said...

nice!..:)

laki la yg mnjadi penentu kebahagian, laki pn kna buat org ppuan bhagia, bkn ppuan je..

Sis Lin said...

Yg utama..lebih baik kawin awal jika sukar nak kawal nafsu jika sudah ada pasangan...

Yg kedua..boleh kawin awal jika dh lengkap semuanya dn boleh bina rumahtangga hgga bahagia....

Yag ketiga...fikir 2,3x dulu, jangan kawin awal jika rasa tak sefahaman cuma atas dasar nafsu cinta tapi akhirnya musnah ditengah jalan sebab tak puas nak enjoy lagi...

sekian....

Unknown said...

haha..memang terbaik!

Umie Nadhirah said...

hahaha..
tak mandii

Efa Nur said...

rasanya ramai orang nak kawin awal..mcm efa sendiri, dari dulu cakap dgn mak nak kawin awal, tapi belajar pun tak habis lagi dan duit pun takde, mmg xde harapan laa kan..hehe baik bahagiakan ibu ayah n family dulu baru bina kebahagiaan sendiri,..kn? :)

jika tak dapat kawal nafsu mmg patut dh kawin awal tapi dgn syarat, pelajari ilmu rumahtangga dulu dan kukuhkan ekonomi..dunia sekarang memerlukan duit untuk hidup..asal cukup keperluan hidup, dh kira okey :) nie ade yg nk makan pun pinjam2 duit orang..parah daaah..huhu jangan di sebabkan masalah nie menimbulakn penceraian.

kawin nie tak seindah yg kita sangka dan tak seburuk yg kita duga..pilih lah yg terbaik...

-sekadar pandangan-
EFA NUR :)

Alif Haris said...

hehe hebat
perunding rumahtangga :)
hehe betul ckp awk tu ^^
tekanan bila kt rumah tu yg menyebabkan si suami keluar cari kebahagiaan lain..

maszull said...

salam..yer la dlm rumahtangga ni kena ada sifat faham memahami ,percaya sesama sendiri,bertolak ansur dll barulah rumahtangga tu aman dan tenteram...:)

Lea Isnawi said...

lea belum ada calon lagi
hehehe

Sunah Sakura said...

dia belum ada calon ke?

aamalinaazman said...

huuuuuu
begutu penjelasan kak ngah..weee..betol!
air teh= kawin..
suke2..kikiki..
tiap kali nye berlaku perceraian tu, bergegar la tiang arash itu..huuu..tkot den..Pk banyak2 sebelom buat kan?


p/s: akak ngah ku..cpat2 la selesai kan ps tu..hihihi

Anonymous said...

pendapat yana, yg penting kahwin awal untuk kawal nafsu. tapi kalau tak matang-matang jugak cara berfikir, boleh je jadi kes cerai.

sebabnya, cari pasangan lain. darah muda lah katakan. nafsu nak enjoy tu sentiasa ada je. duit gaji pun habis banyak dekat luar je. macam mana wife dekat rumah nak tahan. cepat lah cerai gamaknya.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers