CORETAN TERBARU NADH

Gelagat orang kita

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ni aku baru balik dari surau. Jangan tanya kenapa lama sangat. Ada ceramah dulu. Biasalah rutin kalau balik kajang. Kat Melaka memang selamat jalan romeo solat terawih kat surau. Sangat jujur ni.*

Sambung cerita. Aku bukan nak menghentam sesetengah pihak TAPI dia agak melampau bila berbicara. Cakap baik-baik bukan tak boleh kan. Semua nak kejar pahala. Semua datang surau nak beribadat. Erk kecuali kanak-kanak berlari sana sini tu.

Tapi bila aku nak solat Isyak tu tetiba tersentap. Memang ke laut mood aku. Memang kurus pahala satu hari disebabkan teguran makcik ni. Amboi makcik. Mulut tak ada insurans ke? Sedap je sound orang. Sabar wahai hati.

Mesti korang nak tahu apa dia cakap. Bagi aku itu satu kata-kata yang menyakitkan hati. Lain orang lain pandangan kan? Apapun tinggalkan komen kalau ada pendapat lain.

Situasi:
Sedang merapatkan saff dan bersedia untuk solat.

Ipah: Ena bangun. Nak start dah ni.
Ena bangun memakai kain telekung.

Makcik 1: Penuhkan depan ni.*nada mengarah. 

Aku terkial-kial ke depan sambil tarik Ena. Boleh pulak si gemuk ni tak nak ke depan. Pergerakan agak lambat sebab aku tengah paksa adik aku join sekali.

Makcik 2: Penuhkanlah saff depan ni. Kan ustaz dah pesan hari tu.*nada sinis bajet best.

Aku dalam hati membebel. Dia ingat aku ada ke masa ustaz tu bagi ceramah? Pergi surau pun sekali ni je baru. Kalau nak tegur pun gunalah nada baik-baik. Aku, kalau orang tak suruh tahulah aku ke depan. Takkan nak solat lompang-lompang. Ingat kita ni bebudak ke. Tak faham konsep betul.

Nak kejar pahala pun agak-agaklah. Ingat dia je betul. Lepas solat Isyak aku keluar solat kat tempat lain. Bergaul dengan anak-anak muda lebih selesa bagi aku. Nah aku kasi pantun untuk korang.

Lain orang lain caranya. 
Sakit hati menghadap dia.

Ps: Dia kalau marah, aku jadi takut.

12 comments:

sergeant keroro said...

nak tegur biarlah berhikmah. taklah orang sentap.

Sunah Sakura said...

:)

Popoi said...

tegur baik2 x leh ker??????? hushhh,,, tuihh!

nafizah md padzin said...

err..pnh alami mcm kamu alami..lps 2 sy terus x pg..mlas..

Wanz Mejuez said...

mulut kita macam macam leh kata... hati org perlu jaga jugak...mulut kita macam macam leh kata... hati org perlu jaga jugak...

Mr.Thinker@Ali said...

butt hurt x? kekeke.

sepatutnya, makcik tu yg perlu rapatkan saf terlebih dahulu. bukan mengarahkan orang untuk ke depan.

maszull said...

salam iffah...yer la kalau nak tegur tu biarlah berhemah sikit jgn ikut sedap mulut tu kn itu kn rumah Allah agak2 la...

mama pun pernah kena juga mcm tu tapi buat mcm biasa je tapi dalam hati hanya Allah jer lah yg tahu time tu...

masyaAllah....sabo je la

aimie amalina said...

hayoooo
cool bebeh coool
nnti kite g minum cool blog eh..
kak ngah belanje opah?
weee..baek cucu opah =)

FaKArePa!n said...

bekeng molek mok cik tu.. hehehe

al-kisah said...

sian iffah..
tp ak sllu kne de mkcik2 tu xnk masuk depan.dh belobang2 saf kat depan.nk tegur nt ckp kte kuang aja huhuuuu.tu lar jd klu dh telebih aja

JIJI YU said...

org melayu kalo bab saff mmg fail

Atiqah Sa'ahiry said...

ooo...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers