CORETAN TERBARU NADH

Impian makin hampir

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Dulu aku mana sangka semua ni. Bermula dari 6. Semuanya kawan-kawan. Itupun ada yang kena paksa. Berubah kepada 11. Sampai satu saat aku rasa aku nak berubah. Takkan nak duduk takuk lama. Macam-macam aku buat.

Berubah dari dua angka menjadi 3 angka. Seronok bukan main ni. Sekali tengok orang lain banyak. 4 angka ada yang sampai 5 angka. Aku kata dasyatnya. Masa ni bulan 1 atau dua. Masa tu mana ada kenal aku. Aku siapa? Oh memang sekarang masih ada yang tak kenal.

Aku tanamkan satu azam. Sampailah azam tu aku padam sebab rasa keanak-anakan bila tayang kepada semua orang. Agak lama aku tak buat entry pasal impian aku ni. Maknanya lama nak capai. Huh berpeluh nak capai. Ingat mudah ke?

Aku ingat nak lupakan impian aku yang satu ni. Tapi pakcik Jiji dah mengingatkan aku. Ehem lama tak panggil Jiji pakcik wakaka. Sebenarnya aku ingat. Aku menanti saat tu tapi masih dalam mood serba salah. Jadi sebab dulu Jiji ada tolong aku capai impian ni lebih cepat. Aku pun teruskan impian tu. Terima kasih Jiji ko memang retis.

Sekarang angka akan berubah bila-bila masa saja. Aku sedang menantikan. Dulu tak tahu. Yang tahu benda ni penting. Sebenarnya pembaca setia dan orang boleh terima penulisan kita tu lagi penting. Orang yang ke 1500 akan direview kerana itulah janji aku masa dulu.

Impian aku nak review orang yang ke 15, 150, 1500 dan 15000 kalau ada. Macam ni kot ayat aku. Oh sangat tak matang. Jadi sama-sama tengok bilangan followers aku tu ya. Kalau boleh printscreen kan. Malas =P

Jadi, usaha dari bawah. Nak capai impian bukan mudah. Semua kena ada usaha, doa dan tawakal. Jangan asyik tunggu orang datang suap kita. Kita ada jari, ada minda, ada buah fikiran. Gunakan nikmat yang Allah bagi dengan baik. Jangan sia-siakan. Sekian.

Ps: Dia pun tak tahu agaknya pasal impian ni.

13 comments:

H.J said...

besarnya impian dia..si dia dah tahu dah ni..

JIJI YU said...

mmg aku retiss

aiman said...

yeh betul.. kena kuat usaha.. like.. boleh jadikan pernasang..

asamasin said...

impian yang diimpikan :D

Suhaili Sarif said...

akk pun ada impian mcm ni
tp segan nk ckp kt ipah td
waa..retis la jiji
dia buat apa dulu

Atiqah Sa'ahiry said...

yeah, usaha...

sifu im said...

sejuta impian..tngok lam tv de rancangn tu..haha

Qaseh dalia adelia said...

pehhh igt apalah .. bertuah nya dapat jadi follower ke 1500 , unfolow balik boleh hik2..cabutttt

sergeant keroro said...

usaha lagi, esok boleh dapat tu XD

FaKArePa!n said...

nak review gak r follower ke 1000 nanti.. hehe

aimie amalina said...

saye2..sy la pembace setia tu..heee=p

maszull said...

salam iffah...wah siapalah yg berjaya jadi follower ke 1500 tu....

selamat berbuka puasa yer...")

Sunah Sakura said...

hehehe...tak lama lagi tuuu!

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers