CORETAN TERBARU NADH

Korang nak ke tengok teater?

Teater sudah berlangsung dengan jayanya pada isnin yang lepas. Teater muzikal islamik. Sangat best untuk ditonton. Malam tu ada cerita 'Aku ingin ke syurga' mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang mengejar harta dunia sehingga mati disebabkan aids. Lalai dengan nikmat dunia. Pengakhiran yang sedih. Keranda diusung ke dewan. Ada juga yang menangis.

Satu lagi cerita bertajuk Amani. Amani yang ingin lari dari masalah keluarga. Berjumpa dengan pengamal agama yang mempunyai ajaran sesat. Namun dia tersedar dan lari dari situ. Kemudian bertemu seorang ustaz dan itulah jodohnya. Mereka bahagia akhirnya. Ketawa berderai. Semua mengimpikan bahagia kan?

Tapi masih ada lagi ke nak tengok cerita unsur begini? Bukan orang lagi suka tengok cerita aksi panas. Filem yang baru keluar tu. Oih mesti ramai ke panggung. Bandingkan dengan Syurga Cinta dan seangkatan dengannya. Berapa kerat je yang pergi?

Hiburan tu boleh. Tapi harus berpada. Pilih hiburan yang baik. Nasyid jugak hiburan. Aku suka teater Islamik. Bagi aku ada unsur dakwah dalam tu. Sambil berhibur, bergelak ketawa masih ada terselit peringatan. Untuk kita yang selalu alpa dengan nikmat duniawi.

Contoh mati. Mati itu pasti. Kalau sibuk sangat mengejar hiburan sampai masa ajal menjemput. Bersediakah kita? Sediakah kita membawa amalan dibuat bekal kelak? Aku ingatkan diri sendiri. Sebab tu aku suka cerita unsur begini. Janji menghiburkan dan ada peringatan. Apapun dua-dua teater best!

Ps: Nak suruh dia tengok cerita macam ni.
Published with Blogger-droid v1.7.4

6 comments:

Kalamhati said...

penah tgk teater sirah junjungan arahan erma fatima suatu ketika dulu..sgt2 terkesan

Umie Artoqiemie said...

best teater yang memberi keinsafan macam ni :)

Niena Pengembara Ilahi said...

ramai yg xsuka tgk citer camtu... kalau ada kisah pengajaran pn dikutuknya.. berbanding ngan filem2 lain, cth hantu bonceng,& seangkatan dgnnya. kalau unsur ghairah...? tiket 50 hinggit pn sanggup tgk

FaKArePa!n said...

tak pernah pon tgok teater..

aimie amalina said...

huuuuuuu
dah lame x tgk teater
waaaaaa..
bes2..
kak ngah berlakon mesti ngekek opah gelak
hehehehe

fRaMe+LenSeS said...

cm best ja cita ni. huu tingin tgk.. ;)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers