CORETAN TERBARU NADH

Jiran terbaik

Selalu orang akan mengharapkan jiran jaga rumah bila dia balik kampung. Berbaik dengan jiran adalah perlu. Tapi apa yang aku nak cerita bukan jiran yang tu. Ni jiran alam maya.

Seperti yang korang nampak. Feed utama kat atas ni ialah blog Frame and Lenses. Nak cerita pasal jiran sepagar aku boleh? Semalam kami berchatting. Sebenarnya, aku tersentuh baca entry 'Akukah yang tersesat'

Aku punya komen macam ni kot. 'Aduh terasa sakit kaki.' Merujuk kepada ayat dalam entry tu. Kita sedang berjalan dan kaki terpijak duri. Aku terasa macam aku ada dalam cerita tu. Sungguh terasa. Jiran aku ingat kaki aku betul-betul sakit. Tu dia tanya tu haha. Maaf jiran terbongkar rahsia.

Memang aku suka blog dia. Sebelum kami berjiran lagi. Kalau member ada masalah aku akan bercerita tentang blog jiran aku ni. Contoh perbualan.

Ipah: Kenapa kau bengang sangat?
Member: Dia tu semua nak harap orang lain buatkan.
Ipah: Macam nilah. Aku ada baca pasal Helang tua dan helang muda dalam blog jiran aku. Blah, blah, blah.

Banyak lagi situasi di mana aku selalu teringatkan jiran aku punya entry. Semua peringatan sangat berguna kepada aku. Ya memang ilmu aku tak banyak. Tapi setiap kali baca ada je benda yang aku dapat dan boleh sebarkan kepada orang lain.

Jiran, kamu adalah jiran terbaik. Kamulah sahabat, kamulah cikgu, kamulah abang, kamu jugalah jiran. Terima kasih atas segalanya. Peringatan, nasihat, semualah memang berguna untuk ai. Korang takkan rugi baca blog dia. Walaupun kami asyik bertekak je bila jumpa. Tapi dia tetap jiran terbaik!

Pesanan untuk jiran aku: Cepat-cepatlah kahwin. Tak sabar nak dapat kakak ipar hehe

Ps: Mampukah dia tandingi jiran aku?
Published with Blogger-droid v1.7.4

11 comments:

Niena Pengembara Ilahi said...

a'ah.... mmg belog dia besh :)

erysweetie said...

terima dia apa adanya =)

yang penting yg kamu redha agamnya..

JIJI YU said...

jirann je kewwww

aNaYaNa said...

untung ada jiran yang baik..:)

FaKArePa!n said...

saya xde jiran.. huhu

Rozuan Ismail said...

tapi kan ada jiran dah bertahun berjiran,nama jiran pon tak kenal.erk

Suhaili Sarif said...

untung dapat jiran mcm 2 kan
hehe

aimie amalina said...

weeeeeeee
besh2
cek nanadh selalu memberi peringatan =]

Rtp Farra Arisha said...

dialah jiran yang mempunyai naluri dan hati yg lembut :')

fRaMe+LenSeS said...

adehh jiran.. muka da rasa kembang, merah suma ada laa. nadh pn bertuah dapat jiran macam kamu. hihi.

tang bab menyakat tu arap maklum la. rugi la tak nyakat bl jmpa. lalalalalalalala~~

maszull said...

assalamualaikum iffah...bestnya dpt jiran yg baik kn...:)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers