CORETAN TERBARU NADH

Entry emosi

Kau tu patut bersyukur. Allah dah bagi kau peluang untuk hidup lagi sekali. Sakit kau tu tak seberapa kalau nak banding dengan orang lain. Ada yang patah kaki. Lumpuh. Seumur hidup. Cacat sampai tua.

Tapi kau, ada kaki. Ada tangan. Ada mulut. Boleh berjalan, berlari. Makan cukup je. Mulut banyak cakap jugak. Apa lagi yang kurang? Nikmat apa yang kau nak lagi? Tak puas hati sebab orang tak rasa apa kau rasa? Macam tu?

Cubalah kau disiplin. Cubalah kau dengar cakap ibu, ayah, keluarga, doktor, nurse. Diorang bukan nak seksa kau. Diorang nak kau sihat. Tangan kau tu kena latihan. Bukan dimanjakan. Kau nak cacat seumur hidup?

Tangan tu memang sakit. Tapi kalau kau tak paksa dari sekarang sampai bila-bila tangan kau tak boleh guna. Kau nak jadi oku? Kau nak pegang title tu? Dapat kad oku. Nak ke? Sedarlah. Cuba jangan manjakan diri.

Sakit sekarang sekejap je. Sakit kenalah tahan. Kalau sekarang dah manjakan diri sampai matilah kau akan sakit. Percayalah. Tahanlah sakit tu sikit. Jangan menangis. Kuatkan semangat kau. Ramai lagi teruk menderita berbanding kau!

Ps: Dia buat aku ketandusan idea.
Published with Blogger-droid v1.7.4

13 comments:

maszull said...

salam iffah...betul tu Allah memberikn kita musibah supaya kita dpt menahan kesakitan dan kesabaran itu..

kuatkn semangat mu iffah semoga Allah akan memberikn sesuatu yg istimewa dlm hidup mu nanti...InsyaAllah...:(

JIJI YU said...

OKU dpt elaun kan...ehehhe

KaK LimAh Si SupiR said...

bersakit2 dahulu bersenang2 kemudian..kan? ^_^

Cik Sara said...

Bertabahlah ye.. sakit itu ujian ALLAH..semoga cepat sembuh dan kembali seperti biasa~

Izzah Ibtisam said...

semoga tabah, org luar mcm sy hnya mampu lihat, dan doa yg terbaik... tgk pon jarang2, nk bertegur tp segan, hehe (jiran barumu - CS-G-35...)

FaKArePa!n said...

mcm marah diri sendiri aje..

Fatin Farhana Binti Ramli said...

tabah je .. banyakkan bersabar .. kuatkan diri .. hidup kita takkan terlepas dari ujian ..

Sunah Sakura said...

hurmmm...i nak marah gak lah..

aimie amalina said...

kak ngah!koooooaatttttttttt!

sergeant keroro said...

grrrrr

budak penjara said...

asal angin semacam je ni??


baiklah..aku akan jadi guru disiplin..haha

tamlegend said...

OKU senang dpt parking pe...hehehe...kemon la fifah...keep moving...keep strong...

kokser kokdam said...

guane terrr

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers