CORETAN TERBARU NADH

Dia suka saya tapi dia dah berpunya

Nama blog pun cinta. Memang takkan lari dengan isu cinta. Aku mintak maaf sebab entry makin lama jiwa hilang. Inipun sebab fikir jiran aku. Sebab kami ada sepakat. Apa? Tak payahlah tau.

Aku ni bercinta tak pernah kekal. Tapi ada hati nak menulis pasal cinta. Persetankan semua. Aku peduli apa. Berbalik pada tajuk. Ada je kes macam ni. Orang macam ni kita boleh klasifikasikan mereka kepada beberapa jenis.

1. Tamak
Dua-dua dia nak. Dia suka kau tapi dalam masa yang sama dia tetap bersama perempuan lain. Laki macam ni harus digelar kasanova. Jangan dilayan. Banyak laki menanti. Aku tau perasaan tu. Cemburu takkan lari. Dah dasar kasanova semua dia nak!

2. Simpati
Yang ni payah. Simpati melampau sampai terabai hati kau. Dia suka kau. Tapi dia tak sampai hati nak tinggalkan awek dia. Nasihat aku lelaki macam ni memang kena guna cara kasar. Kita tunggu tak guna sebab hati dia lembut sangat. Sedangkan kita? Kata suka kita tapi still fikir tentang orang lain. Tinggalkan dia. Kalau dia sayang mesti dia akan datang jugak kepada kita.

3. Penakut
Yang ni aku geram sungguh. Takut nak bercinta. Dia suka kau. Tu pun confess ikut mesej contohnya. Tapi dia ada makwe. Takut nak bagitau makwenya satu hal. Takut kena bantai kan? Ada lagi satu takut. Takut tanggung risiko. Tinggalkan makwe dan datang pada kau. Kalau kau tinggalkan dia. Dedua dia melepas.

Kata aku, cinta tu risiko. Jangan tamak. Hargailah cinta. Kalau betul cinta buktikan. Jangan nampak lemah sangat. Buat orang tak yakin dengan pengakuan cinta tu. Yang penting, cinta boleh menyatukan kita dan boleh juga memecah belahkan dunia. Hati-hatilah semua. Sekian.

Ps: Dia terlalu banyak rahsia.
Published with Blogger-droid v1.7.4

10 comments:

safwanmahzin said...

=)

fRaMe+LenSeS said...

pilih 1 udah la. :D kan? kan? tak suka jugak macam ni..

Eera Shera said...

kalau padi katakan padi,
kalau sudi katakan sudi.

hehe..berpantun pulak

JIJI YU said...

aku benci la kalo cam tu

KuNanGKuNanG said...

tu la namanye lelaki...penakut...

aimie amalina said...

inilah kate2 nasihat dari dr cinta iffah afefah heeee =]

okeh, dah lulus jadi PA CINTA opah okeh! =]

yana-feehily said...

nice ^__^

msredcheesecake said...

Msred tamak gak kalu bercinta tapi bukan nak bf ramai... Tamak nak dia sayg msred sorg je, tade pompuan laen...

maszull said...

assalamualaikum iffah...semoga mendapat cinta yg benar sejati...:)

tamlegend said...

setia tu mahal harganya...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers