ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Suasana tegang sekali. Mata semua tertumpu kepada Aisyah Safiyya. Dia bengang dipermainkan sebegitu rupa. Jeritannya jelas kedengaran. Yang pasti setiap blogger yang hadir menampakkan riak wajah terkejut.
“What? Apa saya dah buat?” Daniel Asyraf.
“Ya aku tahu selama ni aku syok sendiri. Puas kau mainkan hati orang? Kau memang kejam!” Aisyah berlari keluar dari Bowling Centre. Semua kaget. Terkejut dengan adegan luar dugaan.
“Oh kejap. Korang teruskan game. Aku kejar minah tu kejap,” Asyraf menenangkan semua.
*****
“Wait Aisyah. Now tell me, apa semua ni?” Aisyah menghentikan langkah. Tak sanggup dia berpaling dengan juraian air mata.
“Kau tak payah tanya apa-apa. Yang penting aku tak sangka kau dah berpunya. In fact dah bertunang,” Aisyah mengesat air matanya. Tak guna menangis kerna lelaki.
“Serius saya tak faham. Memang selama ni saya dah bertunang. Tapi saya tak pernah mainkan perasaan awak Aisyah. Semua ni salah faham,” Daniel Asyraf serabut. Sahabat mayanya begitu tertekan nadanya.
“Aku ke kau yang tak faham. Semua ni tipu kan Asyraf? Kau tak pernah bagitau kau dah bertunang dan aku mulai suka kau dalam diam. Bodohnya aku!” Aisyah meloloskan diri ke dalam keretanya.
Enjin mengaum dan segera Daniel Asyraf ditinggalkan. Hatinya pedih melihat drama sebabak di perjumpaan blogger.
*****
“Apa? Jangan buat kerja gila Acap!” Luqman sungguh terkejut.
“Salah ke aku cakap? Aku Cuma nak tebus kesalahan aku. Aku kehilangan sahabat paling aku kasihi,” Daniel Asyraf merintih di dalam hati.
“Kau jangan, apa kata keluarga kau? Kau jugak nak sangat bertunang dengan Hajar. Sekarang lain pulak ceritanya,”
“Man, kau faham tak yang aku kehilangan Aisyah. Aku benar-benar terasa kehilangan,” Daniel Asyraf serabai. Jambang mula meliar. Sejak kejadian tu dia jarang bertemu Hajar.
“Acap, kau sedar tak yang kau tengah cakap pasal siapa? Kau jumpa dia baru sekali. Itupun korang begaduh. Aku tak fahamlah,”
“Aku kenal dia lama. Walaupun alam maya. Aku kenal sangat dengan dia. Cuma salah aku tak berterus terang tentang Hajar. Hajar pun tak dapat menggantikan dia. Aku terasa kosong di sini,”
Tangannya menunjuk ke arah dada sendiri. Luqman hanya menggeleng.
*****
“Serius ke Asyraf?” Mama terkejut.
“Ye ma. Saya tak sanggup permainkan hati gadis sebaik Hajar. Mungkin bukan jodoh kami. Mama
buatlah apa yang patut. Saya naik dulu,” Daniel Asyraf melangkah longlai. Jiwanya bukan di situ.
Kisah Hajar perlu ditamatkan segera.
Kisah mereka mudah. Dia mengenali Hajar melalui mama. Mama beria menyuruh dia berkawan dengan Hajar. Dek mengikut kata orang tua dia menjalinkan perhubungan dengan Hajar. Namun, orang tua Hajar mahukan lebih dari itu. Disebabkan umurnya meningkat, dia terus bersetuju saat mereka ingin disatukan menjadi tunang dan setahun kemudian baru kahwin.
“Asyraf, mama tak kisah batalkan pertunangan. Tapi mama nak kamu adakan pengganti dalam masa sebulan. Kalau tak mama sendiri kahwinkan anak mama dengan pilihan mama sendiri,” Kata-kata mama seakan tak memberi kesan kepadanya. Dia serabut memikirkan sahabat alam mayanya.
*****
“Ada rombongan meminang untuk Piah?” Dia terkejut.
“Aah. Itu yang ibu suruh balik tu. Macam mana?” Aisyah Safiyya terdiam.
“Ibu, biar Piah solat istikharah dulu. Mintak petunjuk. Perkara ni bukan boleh dibuat main,” Ibu mengangguk.
“Piah naik dulu. Tak solat lagi. Nak mandi dulu,” Hatinya tak keruan. Siapakah gerangan yang menghantar rombongan.
“Kak! Lama tak jumpa. Hajar rindu,” Dipeluknya.
“Hajar, akak melekit ni. Nanti kita borak ye,” Aisyah rimas.
*****
“Ya Allah percaturan apa yang telah Kau rancangkan untuk hambaMu ini? Berat sungguh rasa hati. Kau menguji aku. Aku makin tak tentu. Jika benar ini dinamakan jodoh, aku terima dengan redha. Bantulah hambaMu ini,” Air matanya menitis membasahi telekung. Jawapan sudah tersedia untuk ibu.
*****
“Kak, maaf Adik curi dengar. Sebenarnya ada benda Hajar nak cakap. Terlebih dulu harap akak maafkan Hajar,”
“Apa dia? Hajar kan adik kakak,” Aisyah tersenyum. Ikhlas.
“Sebenarnya sebelum pinangan ni, dah ada pinangan lain. Tapi kakak tak tahu,” Aisyah terkejut. Kudratnya lemah kala ini.
“Ya, pinangan abang Daniel. Masa tu akak kat Sarawak. Ada seminar. Adik cemburu. Cemburu dengan kakak. Kakak lebih segalanya,” Hajar menarik nafas. Aisyah masih menanti.
“Sebelum keluarga dia datang meminang. Kami berkenalan. Semuanya indah je. Rupanya dia dah ada buah hati. Tapi disebabkan turutkan kata mamanya. Dia pinang Adik. Hajar sengaja tak bagitau kakak sebab takut kakak rampas dia,” Hajar tunduk. Aisyah sekali lagi terkejut.
“Apa adik cakap ni? Kakak tak ada niatpun nak ambil tunang adik. Sampai hati dah tunang tak bagitau?” Kecewa bukan kepalang.
“Tunggu kak. Banyak lagi kakak tak tahu. Setiap hari adik baca blog kakak dan abang. Sungguh adik cemburu tengok kemesraan kakak. Tunang Hajar sendiri pulak,”
“Kejap! Adik maksudkan Daniel Asyraf? Empunya blog Jiwa Jiwang?” Dia mulai pening.
“Ya, abang Daniel yang akak selalu rindu. Yang akak teringin bertemu. Tapi sebab adik tak suka.
Adik suruh blogger tu bagitau kakak yang dia dah bertunang. Biar akak nampak hakikat sebenar. Tapi tindakan adik tak bijak. Lepas semua tu jadi, kakak murung. Abang Daniel putuskan tunang. Sejak tu adik sedar cinta memang tak boleh dipaksa. Cemburu adik takkan berkesudahan kalau adik guna cara keji tu. Maafkan adik, kak. Maafkan adik yang khilaf ni. Kerana cinta adik buta. Adik memang patut dihukum!” Tangisan makin kuat. Aisyah terus memeluk adik tunggalnya. Keduanya menangis.
*****
“Sah?” Kadi bertanya sekeliling. Semuanya mengangguk. Dengan sekali lafaz, Daniel Asyraf kini sah menjadi imam kepada Aisyah Safiyya. Cinta tak kenal siapa. Tanpa kenal rupa cinta bisa berputik.
Siapa kata alam maya tak menghasilkan cinta ke gerbang pernikahan? Semua terletak pada hati. Hati jujur cinta pasti akan lahir. Cuma cinta itu hendaklah cinta yang membawa kita menuju cinta Ilahi.
Hajar menjadi pengapit. Begitu juga Luqman. Mungkin jodoh mereka selepas ini. Siapa tahu? Siapa sangka dari sahabat bertukar cinta? Siapa sangka takdir Allah yang telah tercipta sejak azali?
Yang penting cintailah yang maha mencintai.
Nota Iffah: Sakitkan bertepuk sebelah tangan? Jauhilah sekiranya tak nak hati terluka. Saja nak kasi korang layan cerita cinta berasaskan alam maya. Memandangkan kita pun di alam maya. Wahai sahabat, percayalah cinta akan datang tanpa kita duga. Berserahlah kepada Allah kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
Ps: Dia juga sedang bercinta.
6 comments:
saya suka !!
huhu.
cinta tak kenal hati budi . ^_^
eh ada nama sy disitu..hee
nice nice nice! =)
cinta datang dalam pelbagai bentuk, setiap bentuk yang datang akan penuhi segala kekosongan yang ada pada diri.. :)
p/s: jap nak cari hajar..sape eh kt alam maya ni..:P
macam novel pulak ..
erk..hajar??
i like. pandainya menulis. buat contoh bila ide kering.
cinta seperti gula-gula pelangi..manis je rasanya...
Post a Comment