CORETAN TERBARU NADH

Biar mati anak

Pernah dengar tak pepatah melayu. Biar mati anak jangan mati adat. Amboi penting sangat ke adat ni? Sampai sanggup belakangkan anak. Tapi aku perasan ramai orang dah mula tak pentingkan adat.

Ya, aku salah seorang. Keluarga seri iman memang tak pentingkan adat sangat. Kalau tunang tu kami buat ala kadar je. Tak ada hantaran pun tak apa. Bila ada hantaran kena ada sirih junjung. Kalau tak ada bising makcik-makcik tu.

Tapi bila adat dah melangkaui agama. Tu dah salah. Macam pembaziran, niat menunjuk dialah hebat. Dialah yang menjaga adat. Amboi beria sangat. Kalau nak buat majlis akikah ringkas je. Tapi bila adat cukur jambul, berendoi. Bukan main gahnya. Siap ada pelamin lagi.

Serabut betul. Adat-adat jugak. Agama jangan lupa. Macam tepung tawar, bersanding. Semua guna duit. Semua nak gah. Tapi yang wajib buat ala kadar. Siap ada yang kata nikah kat pejabat kadi je. Yang penting majlis. Adoi boleh pulak?

Jadi selagi adat tak melampaui batas boleh diamalkan. Tapi ingat jangan belakangkan agama. Suka sangat buat adat yang pelik. Sampai budaya orang dijadikan budaya kita. Ingat, biar tak pentingkan adat jangan agama yang tak dipentingkan.

Ps: Dia suka ke adat ni?
Published with Blogger-droid v1.7.4

10 comments:

Ku Azhar said...

btl2..kadang adat tu dh smpai pelik sngt...smpai lnggar hukum pn ade yg snggup

aimie amalina said...

weeeeeeeeeee
nnti opah kawen nak wat comei2 jeklah

ahahahaha =p

Ary said...

memang betul.. hantaran sampai berbelas ribu,berpuluh ribu, maskawin 20rm,40rm,80rm jer...mmm...

aNaYaNa said...

alhamdulillah keluarga pun bukannya jenis tunduk dengan adat sangat.cuma biasalah mak2 sedara la yang lebih kalo dalam majlis apa pun..adat biarlah selari dengan agama barulah boleh dipraktikkan..

maszull said...

salam iffah...ntah la bab mcm ni susah nak ckp kn kerana ada yg suka ikut adat dan ada yg kurang adatnya....

biasanya org N9 yg ckp mcm tu kn "biar mati anak jgn mati adat"

saya cello191 said...

agama dulu,baru adab~~

FaKArePa!n said...

kurang suka gak sbnarnya dgn pepatah tu..

Sunah Sakura said...

hurmm....kadang2 susah nak lawan kata orang tua

KaK LimAh Si SupiR said...

fmly kaklimah p0n xpentingkan adat sgt..bwat simple2 j ^_^
yg penting, yg dituntut agama semua lengkap :)

sergeant keroro said...

tak perlu nak beradat sangat kalau pembaziran semata-mata

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers