CORETAN TERBARU NADH

Ringtone

Tajuk tu memang tepat dengan isi entri kali ni. Aku berada di Hospital Melaka. Pagi-pagi dah ada apointment dengan fisio. Lepas tu kena pergi klinik pakar cara kerja. Akhir sekali pergi cuci luka. Dah busuk sangat tangan ni.

Nak dijadikan cerita aku terdengar doa. Bagus hospital. Pagi-pagi diorajg tadah tangan. Minta keberkatan dan keredaan Allah. Masalahnya tengah kusyuk berdoa. Kami diganggu dengan ringtone staff nurse.

"Goyang-goyang, goyang kepala. Goyang-goyang kepala."

Aku terkejut. Tak ada ke ringtone yang sopan sikit. Terkejut patient. Kalau tak nak tukar ringtone tu pun slow volumenya. Ini tak. Satu jabatan boleh dengar. Hormati orang lain. Kalau suka lagu tu pun janganlah sampai mengundang ketidakselesaan orang lain.

Korang pernah alami tak? Kalau handset aku senyap je. Silent. Aku yang serabut kalau bunyi kuat sangat. :-P

Ps: Dia suka lagu pelik.
Published with Blogger-droid v1.7.4

10 comments:

maszull said...

salam iffah...betul tu iffah kalau suka lagu tu jgnlah buka sound speaker tu kuat buat semua org memandang jerkn memalukn...:)

fRaMe+LenSeS said...

ahahahhaa.. :P toi jugak la. :P

Sunah Sakura said...

perghh! dalam hospital kot! tak reti2 lagi???

aDisH.sHidA said...

DOA DI WAKTU TU AKAK PERNAH ALAMI...MASA JAGA ADIK KAT WAD DI HOSP SULTANAH BAHIYAH, ASTAR...

TERGANGGU DENGAN LAGU TU MASIH BELUM ALAMI...MESTI KUAT KAN DIA PUNYA VOL..APA DAAAAAAAAAAA

aimie amalina said...

errrrr
agak keterlaluan disitu
ayooooo
segannyela kalau dh bunyi2 cm tuuuu
ish2
dh la time bce doaaa..ayoooo

budak penjara said...

ntah..buat la ringtone selawat ke..baru sama2 dpt pahala bg yg mndengar dan yg membuat..huhu

H.J said...

nurse tu lawa tak..?haha

cik pulau said...

ringtone pe tu?
sinchan ke?? haha

deno said...

Kat hospital terengganu pun pagi2 pukul 8pg memang wajib ada doa... bagus kan? :)

sergeant keroro said...

lagu pe tu?

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers