CORETAN TERBARU NADH

Namun ku punya hati

Aku keliru. Aku buntu. Kenapa jadi macam ni? Kenapa kita dah tak sehaluan? Penat aku cuha jernihkan keadaan. Penat aku cuba memulakan bicara. Tapi kau jauh berubah. Kau lain sekali.

Ingin aku jerit supaya semua tahu tentang kita. Mengapa mudah kau berubah laku? Maafkan wahai teman. Aku hanya persinggahanmu semata. Jika benar kau ingin berubah katakan padaku hal sebenar. Tidak aku kebingungan.

Aku juga punya hati. Punya rasa. Sudahlah nasibku begini. Kau pula buat begitu. Aku buntu. Tolonglah berterus terang. Usah rahsiakan soal hatimu. Mungkin sudah tertulis kau bukan untukku. Tak mengapalah. Kurelakan kau pergi walau hati berat sekali.

Nota Iffah: Tak semua yang kita harap akan jadi kenyataan. Yang penting redha. Kalau ini tertulis sebagai takdir kita kena lepaskan. Ingat soal hati tak bisa dipaksa. Kelak jadi binasa. Cinta bukan untuk kita memiliki tetapi cinta ialah membiarkan orang yang dicinta bahagia dengan caranya. Sekian.

Ps: Dia pakar cinta.
Published with Blogger-droid v1.7.4

15 comments:

aimie amalina said...

sayuu je opah baceeeee
kwn baik kak ngah tu ke?
opah ttp ada utk kak ngahh
insyaAllah =]

K O R I E said...

amboi ayat ;]

JIJI YU said...

sis..aku ada ni weyh

cik pulau said...

errr..
kalau lepaskan tu yg terbaik.
maka biarkanlah dia pergi..^^,

Halimatun Sa'adiah said...

bersabar la syg...pelangi akan muncul utk kamu..

budak penjara said...

pakar cinta belom tentu mengubat hati yg pecah..haha

Niena Pengembara Ilahi said...

erm....mgkin ada yg lebih baik menanti .. ^.^

embun aRoRa said...

Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap


Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba


untuk kamu! =)

Cik Eka said...

sabarlah ipah..sepatutnya dia ada sama2 ngan ipah sewaktu ipah mcm ni..bukan membisu..betol tak??

saya cello191 said...

susah nak lepaskan~~~

^^

Bigdaddyz said...

cinta mmg begitu tidak susah dan bukan mudah...

Kalamhati said...

semua kan baik2 belaka..=)

fRaMe+LenSeS said...

satu pegi yang da belakang jiran tu ramai. jgn isau. :D

sergeant keroro said...

erk!

shahani... said...

insyaallah....smuanya akn kembali normal...yg penting lepaskn dia dgn kebahagiaan yg tlh dia kecapi...kita hnya mampu doakn kebahagiaan itu...amin...(saye pn tgh mengalami keadaan ini skrg)...hehe...
:)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers