CORETAN TERBARU NADH

Identiti penulisan

Bila cakap pasal penulisan aku serba salah. Macam-macam aku fikirkan. Mungkin ada yang kata penulisan aku matang. Mungkin ada yang kata penulisan dari jiwa. Aku musykil sebab aku tak tahu betul ke aku macam tu.

Kalau difikirkan sejenak, mampukah korang mengenal gaya penulisan aku walau bukan dalam blog ni? Aku ada berbincang dengan jiran aku Nadh. Apa akan jadi kalau aku berhenti berblog.

Tetiba aku teringin nak berblog lagi. Tapi guna url lain. Id lain. Semua lain. Adakah orang masih kenal aku? Melalui gaya penulisan aku? Kalau aku buat macam tu korang dapat cam tak?

Aku jadi terfikir. Mampukah penulisan aku selama ni memberi impak kepada korang. Penulisan aku ni ada tak yang terkesan kat hati korang. Ada ke yang terasa sepanjang aku menaip kat blog ni?

Ada tak korang rasa apa yang aku rasa masa menulis. Sampai aku jadi lemah sangat bila nak menulis. Tulisan dari jiwa macam tak dapat dibuat. Asyik topik sama. Mungkin korang bosan. Entahlah. Aku pun pening fikir.

Yang penting aku akan terus menulis mengikut kepuasan diri. Sampailah jiwa menulis itu hilang. Saat tu selamat tinggal dunia blog ;-)

Ps: Dia akan rindu tak kalau aku tak ada di sini.
Published with Blogger-droid v1.7.4

13 comments:

iz said...

setiap org ada gaya penulisan tersendiri walau terkadang kita sendiri x pasti apa yg lain nya..hehe
x kisah apa gaya skali pon,
yg penting skali,,penulisan itu bermanfaat.. =)

Paris Lipton said...

xpe jnji kita tulis dr pecakapan hati kan....kannnn kan

Eza Boom Boom :) said...

teruskan berblogging ye...:), jangan berhenti..Slalu singgah sini, walaupun jadi silent reader je...

cik pulau said...

kalau yu ada terpikir nak buat semua tu..
jangan lupa gtai ai url baru yer..
hehehe

maszull said...

salam iffah...gaya penulisan itu lahir dari hati penulisnya dan moga ianya akan tetap menulis dan menyuarakan segala2 isi hatinya di sini moga semuanya dpt membaca dan merasainya bersama2...:)

KaK LimAh Si SupiR said...

jgn laaaa benti..truskan blogging..kaklimah pasti sntiase menyokong ^_^

sergeant keroro said...

Erk!

budak penjara said...

cam ak..dh tukar blog..tapi org tau gak..hehe

anGah said...

Huhu. Nape mcm sedeh je

fRaMe+LenSeS said...

"jiwa". ai like..weee~~

JIJI YU said...

aku kentut jgk depan ko kang

aimie amalina said...

kekekekeke
x pe
opah kenal jek kak ngah opah canne =]

tamlegend said...

selagi ck iffah kekalkan 'ps:' kat akhir penulisan tu insyaAllah boleh kenal tu cik iffah...hehehe

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers