CORETAN TERBARU NADH

Bila difikirkan

Bila otak ligat berfikir. Segalanya jadi serba tak kena. Gundah gulana. Fikir tentang kesihatan, fikir tentang persahabatan, kewangan, kekuatan dan orang sekeliling. Aku hiba. Susah rasa bila semua berlumba di kepala ni.

Serabut memikir tentang semuanya. Ya aku kena kuat. Ni ujian untuk aku. Allah takkan uji seseorang melebihi kemampuannya. Aku kena kuat supaya orang sekeliling kuat jugak. Aku tak nak diorang risau.

Cuma aku rasa nak merintih sebentar cuma. Nak luah rasa hati. Tapi terhalang. Sebab memikirkan orang yang risau kat aku. Ibu dah mula ceramah di muka buku. Orang lain tunjuk keprihatinan. Aku tak nak diorang risau tapi pada masa yang sama aku nak luah apa yang aku rasa dan lalui.

Salahkah aku? Aku dilema. Di sana orang baca di sini ada memerhati. Aku cuma nak jadi Iffah. Tu je. Tak nak tamak. Tapi susahnya rasa ketika ini. Otak kata tak nak tapi jiwa memberontak kata nak. Sekarang aku tewas dengan mainan fikiran aku sendiri.

Aku cuba hadkan penulisan, hadkan luahan rasa sebab aku tak mahu mereka risau. Aku kena kuat. Tipu diri untuk kebaikan orang lain tak apa kan? Hipokrit sekali sekala tak apa kan? Hakikat tak semestinya dicanang, kedukaan tak semua perlu ditayang.

Ps: Aku perlukan dia untuk hilangkan diri.
Published with Blogger-droid v1.7.4

7 comments:

noor syazwani zakaria said...

sekali sekali hati sendri perlu dijga kan.jgn stress nnt kena hypertension pulk.be strong.allah always beside us right?

JIJI YU said...

hamboi..camne ceramah kat muka buku

shiema sufian said...

fikirkan yang terbaik ye :D

fierul said...

"Otak kata tak nak tapi jiwa memberontak kata nak. Sekarang aku tewas dengan mainan fikiran aku sendiri. "
sering kali saya jadi macm nie ..

cik pulau said...

kenapa lak ni????
orang kata, kalau sakit, jangan tanggung sorang2..
nanti lagi sakit..

aimie amalina said...

opahpaham kakngahh
xpe..
merintihla
membuat kita sedar kita lemah..
lemah itu mnjadikan semangat kita kuattt!
kak ngah kooooooaaatttt!

shahani... said...

klu ujian dtg,mmg kita akn rs cam2...pa2 pn fikir +ve, sabar & kuatkn diri...amin...
:)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers