CORETAN TERBARU NADH

Kisah Ninja chan dan Lily chan

Bangun pagi gosok gigi
Buka tabby pagi hari

Muka buku nama diberi
Suka layari tiap hari

Sudah balas komen saudari
Baca komen sambil berdiri

Lapar pula perut ini
Makan buat alas sehari

Makan roti dengan kari
Nampak merpati dua sejoli

Hari-hari senyum lagi
Dapat sakat pasangan ini

Ninja Lily nama diberi
Pasangan bahgia abad ini

Lepak sama suka suki
Buat diri senang hati

Atuk sangat suka berbudi
Opah pula ceria tak henti

Tiga cucu yang ada kini
Buat keluarga berseri-seri

Harap kami kekal begini
Semoga cinta terus bersemi.

Atok Ninja! Kak Ngah tak ada apa nak kasi buat penghargaan sebab sudi layan karenah cucu yang seorang ni. Banyak bagi nasihat. Terima kasih sentiasa ada masa diperlukan. Seronok kenal dengan atok. Serius! Harap korang cepatlah kahwin. Wakaka.

Opah Lily! Kamulah sahabat, kawan, opah terbaik. Suka borak dengan kamu. Pembakar semangat untuk menulis lagi dan lagi. Walaupun tak bersua muka Kak Ngah tahu opah memang banyak cakap dan sangat comel! Jaga atok bebaik okey? Doakan kamu dapat kerja cepat. Lepas tu menikah. Yeahhh!

Aku sangat beremosi ketika ini. Siapa kata alam maya tak menguntungkan? Siapa kata alam maya bahaya? Siapa kata alam maya mengundang dosa semata? Tengok walau tak bertentang mata tapi terjalin ukhuwah yang kita sendiri susah nak cari di luar sana. Hargailah sahabat anda. Sayangilah mereka seperti anda menyayangi diri sendiri. Sekian.

Ps: Dia tersentuh tak agaknya?
Published with Blogger-droid v1.7.4

2 comments:

aamalinaazman said...

gagagagagagaa
opah x taw nak sorok maneeeee lagi muke


sile sediakan lobang penutup muke dengan lbh beso lagi

weeee... maceh kak ngaaahhh! syg kamu juge =]

fRaMe+LenSeS said...

adoihh comeinya jiran. hihihi

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers